in , ,

OnePlus Buds Z Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM229

Setelah memperkenalkan OnePlus Buds beberapa bulan yang lalu, OnePlus kini hadir dengan fon telinga TWS baharu iaitu OnePlus Buds Z dan ia dijual pada harga RM229.

OnePlus Buds Z berbeza sedikit daripada model yang lalu dimana terdapat silikon pada hujung fon telinga ini dan terbina pemacu audio 10mm.

Selain itu, fon telinga ini menyokong Dolby Atmos bagi pertanti OnePlus yang terpilih dan dikatakan jangka hayat bateri mampu bertahan selama 5 jam main balik muzik dan 20 jam tambahan dengan kerangka boleh cas.

Kerangka cas ini turut menyokong pengecasan pantas dimana ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk main balik muzik 3 jam. Tambahan lagi, ia menerima penarafan kalis air IP55.

Oneplus Buds Z Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga Rm229

OnePlus Buds Z dijual pada harga RM229 akan tetapi anda boleh milikinya dengan harga RM199menerusi Chup Dulu di Lazada.

Promosi ini diadakan bersempena pelancarannya dan anda boleh membuat pra-tempahan mulai esok, 1 Disember hingga 11 Disember. Sebanyak 10% deposit perlu dibayar sementara bayaran penuh perlu dilakukan pada 12 Disember 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazim Othman | 23

Permohonan Dalam Talian i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 21 Disember 2020

Rizalman Ibrahim | 24

Rizalman Sebak, Haiza Hanafi Ingin Tunaikan Hasrat Terakhir Kenalan Rapat