in , ,

Rizalman Sebak, Haiza Hanafi Ingin Tunaikan Hasrat Terakhir Kenalan Rapat

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Pada 2 Disember 2020, Dato’ Rizalman telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Melalui hantaran itu, Rizalman telah berkongsi kesedihan dengan kisah pemergian seorang kenalan rapat kepada penyanyi dan penyampai Kool FM iaitu Haiza Hanafi.

Perkongsian itu memperdengarkan voice note daripada Haiza yang memberitahu niat untuk membeli buku dari Rizalman.

Ini kerana ia merupakan permintaan terakhir daripada kenalan rapat Haiza dikenali sebagai Hasrul, yang berhasrat menghadiahkan buku tersebut buat isterinya.

Namun hasrat tersebut tergendala setelah Allahyarham Hasrul telah pergi buat selamanya.

Suara Haiza yang diselangi dengan tangisan itu turut membuat Rizalman bersedih dengan kisah pemergian tersebut.

Rizalman Sebak, Haiza Hanafi Ingin Tunaikan Hasrat Terakhir Kenalan Rapat

Dalam pada itu, Rizalman telah berkongsi di Instagram story bahawa dirinya menulis kata-kata dan menandatangani buku yang akan diserahkan kepada isteri Allahyarham, terima kasih Rizalman!

Semoga Allahyarham Hasrul ditempatkan dalam golongan orang beriman.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

OnePlus Buds Z Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM229

“I Sepatutnya Dah Mati Lama,” – Nabila Huda Temui Kebahagiaan Selepas 36 Tahun