in , ,

Ola & Oli Lancar Kempen Kid’s Safe Travel, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

Ola & Oli Sdn. Bhd. (Ola & Oli) bercadang untuk memperkenalkan enam lagi produk baharu sebagai meme­nuhi keperluan pasaran khususnya penjagaan kesihatan kanak-kanak bagi meningkatkan tahap kesihatan diri.

Pengasas syarikat, Dr. Nur Shasa Ain Abdul Aziz berkata, tiga daripada produk baharu tersebut merupakan suplemen yang akan melengkapkan lagi segmen produk makanan tambahan yang telah dilancarkan di pasaran sebelum ini.

Sebelum ini, syarikat telah memperkenalkan suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak iaitu SupeOla Immu B+ yang mana formulasinya bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari makanan berperisa buah-buahan.

Ola & Oli Lancar Kempen Kid's Safe Travel, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

“Produk makanan tambahan ini bersesuaian diambil ketika keluar bersiar-siar di hujung minggu atau pulang ke kampung terutama pada musim pe­rayaan ini atau ia sesuai untuk kanak-kanak yang sudah masuk sekolah,”

– Dr. Shasa

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Kid’s Safe Travel yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri di sini baru-baru ini.

Dr. Nur Shasa yang juga seorang pakar audiology menjelaskan, selain suplemen, syarikat juga telah mengeluarkan produk lain se­perti ubat gigi, losen pelindung daripada cahaya matahari yang bersesuaian digunakan untuk kanak-kanak ketika keluar bercuti.

“Kami mahu jadi pengeluar pelbagai barangan untuk kanak-kanak yang berumur dua tahun setengah yang lengkap.

“Ia satu pasaran khusus tetapi menawarkan nilai berpotensi, malah kami bercadang untuk mengembangkan lagi segmen ini bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga ke peringkat antarabangsa,”

– Dr. Shasa
Ola & Oli Lancar Kempen Kid's Safe Travel, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

Selain itu, Dr. Nur Shasa memberitahu, produk keluaran syarikat menggunakan rangkaian klinik­nya untuk menjual produk secara offline dan juga melalui sokongan daripada stokis dan ejen-ejen yang baharu dilantik pihaknya.

Tambah beliau, syarikat me­nyasarkan jualan bakal mence­cah RM5 juta pada tahun pertama ini dan menjangkakan 80 peratus daripada perolehan tersebut disumbangkan daripada produk suplimen SupeOla Immu B+. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel Kembalikan Mood Lagu Raya Klasik Menerusi Lagu ERTI LEBARAN

Drama NUSYUZ BERKIBLAT CINTA, Ketahui Persoalan & Jawapan Yang Tersirat