in , ,

Drama NUSYUZ BERKIBLAT CINTA, Ketahui Persoalan & Jawapan Yang Tersirat

Bukan sekadar menonton tetapi drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang disiarkan pada setiap hari Ahad, 9 malam di Astro Ria sarat infomasi yang boleh difahami dengan lebih oleh para penonton.

Malah persoalan dan jawapan yang dipaparkan dalam drama arahan Hadith Omar ini amat sesuai difahami dan tekuni oleh pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. 

Persoalan ‘istilah rogol dalam perkahwinan’ 

Rujukan: nbc  ep 4 clip rape 1 emma ngo 

Jawapan: Wujud tapi bukan di sini. Di sini pengecualian takkan dimansuhkan.

Persoalan ‘selepas berkahwin, seorang isteri tidak boleh menafikan kerelaan untuk mengadakan hubungan intim dengan suami. Kerana setelah perkahwinan disahkan wanita itu terikat kepada sumai yang dikahwininya termasuk hal seksual.

Jawapan: Kita ada 375 A untuk suami yang aniaya isteri dia. 

Persoalan: Pernah dengar “suami rogol isteri sendiri’

Jawapan: Bab rogol dan rumahtangga masih tak dapat dibuktikan. Sebagai seorang suami, dia berhak dapat layanan dari seorang isteri. 

Persoalan “kita masih dalam iddah. Saya memang ada niat nak rujuk dengan awak. Maksudnya kita tak berzina”

Jawapan:  Rujuk ketika iddah perlu dilakukan mengikut cara yang betul. Di Malaysia yang mengikut mazhab syafie, seorang suami perlu menyebut lafaz rujuk sebelum boleh bersama semula dengan isteri. Rujuk tak sah tanpa lafaz

Persoalan: Hakikatnya kau dah ceraikan dia, walaupun dalam iddah, kau tak lafaz, kau terus serang (rogol) Safi (isteri) 

Jawapan:  Mazhab syafie memerlukan suami melafaz lisan untuk rujuk dengan bekas isteri ketika iddah. Mazhab Hanafi boleh terus rujuk dengan perbuatan tanpa perlu lafaz. Tapi di Malaysia kita ikuti mazhab Syafie.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ola & Oli Lancar Kempen Kid’s Safe Travel, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

Noraniza Idris Meraikan 100 Orang Anak-Anak Asnaf Dan Usahawan IKS