in

Ogy Ahmad Daud Anjur Bengkel Bina Diri Jadi Hebat

Jiwa manusia mempunyai pelbagai rahsia yang diperakui dan disembunyi. Bak ruangan angkasa lepas atau lautan dalam yang belum diterokai sepenuhnya. Ruangan ini dipenuhi oleh kepercayaan diri seperti ‘saya tak pandai buat kerja tu’, ‘mana boleh saya mengaku salah’, ‘orang akan ketawakan saya jika saya tukar imej’, – debat dalaman yang berpunca daripada ketakutan dan sering mempengaruhi keputusan yang dibuat, pergaulan dan sahabat yang dipilih dan kejayaan dalam kehidupan.

Bagi mereka yang berani selami jiwa sendiri dan mengkaji kepercayaan tentang diri sendiri dan orang lain, mereka paparkan diri yang sebenar, autentik dan berani hebat kepada dunia. Tapi kebanyakan manusia tidak berani mengambil langkah untuk menerokai jiwa sendiri dan bersembunyi di belakang pagar rapuh yang dibina daripada fahaman negatif tentang diri sendiri dan orang lain.

Kami di Cosmoderm dan Ogy Ventures & Network menyeru kepada semua yang terdetik untuk mengenali diri sendiri dan berubah dari dalam dan luar agar berjaya dalam kerjaya dan secara peribadi untuk sertai program Fenomena Impak Kecantikan (FIK) – Eksplorasi Dirimu. Satu program unik dan memberangsangkan, hasil kolaborasi Cosmoderm dan Ogy Ventures & Network.

Ogy Ahmad Daud

Bina Diri yang Berketerampilan dan Hebat Fauziah Dato Hj Ahmad Daud AMN

Objektif [ Fenomena Impak Kecantikan – Eksplorasi Dirimu ] ini ialah untuk melengkapkan peserta kursus dengan cara untuk berubah dari segi dalaman dan luaran agar mampu tampil yakin dan hebat dari segi sikap dan imej. Objektif ini akan dijayakan menerusi dua sesi:

Sesi Pertama
Ogy Ventures & Network diterajui oleh Fauziah Dato Hj Ahmad Daud AMN atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ogy akan memperkenalkan satu-satunya cara dan julung kalinya diadakan di Malaysia program yang menggunakan pendekatan seni untuk memberikan terapi jiwa berteraskan kaedah Emotional Experiential Learning (EEL) sebagai pendekatan terbaik dan terbukti untuk memberikan impak yang tinggi dalam memecah pegangan teguh kepada kepercayaan diri yang membataskan perkembangan dan perubahan diri.

Sesi Kedua
Pakar-pakar Cosmoderm akan menghidangkan kombinasi ilmu teori dan amali untuk perubahan imej dan peningkatan dalam interaksi sosial dari segi asas penampilan, mengenali bahasa badan dan etiket, cara penjagaan kulit asas, cara solekan serta dandanan, cara pemakaian mengikut bentuk badan dan pemilihan warna. Tiga penceramah yang pakar dalam bidang penjagaan kulit, penampilan dan imej serta solekan dan dandanan akan menjayakan sesi ini.

Asyriel Foo Abdullah Azlia Idha Cik Puan Sarah Hata
Pakar pertama ialah Asyriel Foo yang mempunyai pengalaman melebihi 24 tahun dalam bidang kecantikan dan dandanan. Pakar kedua ialah Azlia Adha seorang perunding imej bertauliah yang banyak mengubah imej model dan juga artis Malaysia agar tampil lebih bergaya. Pakar ketiga ialah Cik Puan Sarah Hata juga seorang perunding imej bertauliah terutamanya dalam aspek solekan.

Gabungan ilmu dan praktikal dari kedua-dua hari akan melengkapkan peserta dengan kemahiran penting untuk membina kecantikan dalam dan luar agar mampu melangkah yakin ke arah mencapai matlamat hidup.

Sahutlah cabaran kami di Cosmoderm dan Ogy Ventures & Network untuk buang yang keruh, ambil yang jernih agar dapat kecapi ketenangan dan bina keyakinan diri.

Daftarlah untuk program dua hari [ Fenomena Impak Kecantikan – Eksplorasi Dirimu ] dengan harga RM599 sahaja di www.cosmoderm.com.my ATAU email [email protected] sebelum 31 Mei 2014 untuk dapatkan harga promosi, RM500 untuk setiap peserta individu serta pendaftaran berkumpulan.

Ogy Ahmad Daud

Ogy Ahmad Daud

Ogy Ahmad Daud

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sebab Anda Perlu Dapatkan Hadiah Istimewa Hari Ibu

Peraduan Jom Menonton Filem X-Men: Days of Future Past