in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang NuvaPine A, Ubat Gastrik Yang Mujarab

Sejak akhir-akhir ini, angin gastrik isteri saya makin menjadi-jadi. Ini semua gara-gara tak mengawal cara pemakanan. Itulah pasal, rasanya ini berlaku sebab jadual makan tak menentu. Kadang-kadang makan pagi, kadang-kadang tak makan pagi. Skip breakfast, then hanya makan tengahari.

Seeloknya, masa makan tu kena ada jadual berkala. Kalau boleh makan tepat pada waktunya. Makan tak kira masa ni lah yang membuatkan perut masuk angin.

Budiey dah pesan banyak kali, jangan sekali kali abaikan sarapan. Itu yang menjadikan gastrik menjadi semakin teruk. Selain makan tak kira masa, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan. Antaranya kacang, apa sahaja minumam yang berasaskan susu dan beberapa jenis makanan yang mengandungi angin. Yang tu, korang kena google sendiri la ya.

Sakit gastrik ni bermula semasa kami balik kampung awal tahun lalu di mana isteri saya mengidam nak minum air teh tarik madu di Teh Tarik Pak Mat kat Pengkalan Chepa. Memang sedap giler teh tarik madu kat situ. Memang femes tempatnya, semua orang tahu sebab viral. Perghh… bila dah dapat teh madu yang berbuih-buih atasnya tu. Fuh! Memang sedap. Tambah lagi apabila ada pulak aiskrim teh tarik madu pulak. Makin teruja la nak makan tak ingat dunia.

Malamnya, isteri saya mengadu sakit perut yang sangat teruk, pedih ulu hati dan ia seperti menekan-nekan dada. Untuk hilangkan angin ni, nak tak nak kena muntah. Semua yang dia makan kena tolak keluar balik. Muntah pun kuning dan tinggal air je. Sebab angin dah penuh dalam badan. Dengan sakit kepalanya, badan lagi rasa tak bermaya. Penat. Masa tu tak tau nak buat macamana. Budiey tolong sapu minyak angin. Urut

Kekadang dia mengadu susah nak bernafas. Kaki dan tangan jadi kebas. Budiey panik. Selama ni tak pernah jadi macan ni. Budiey ingat dia sakit dada atau lelah.

Jadi, Budiey hantar cepat-cepat ke klinik berdekatan dengan rumah. Nasib baik klinik masih lagi bukak masa tu. Selepas buat pemeriksaan, doktor mengatakan isteri saya mengidap gastrik. Alamak! Tetiber je penyakit ni datang.

Kepada korang yang belum tahu apa itu gastrik. Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Untuk menyembuhkan penyakit gastrik ni, isteri saya hanya mengambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Tapi ternyata masih tak berkesan 100%. Budiey pun mencari jalan lain. Dengan bantuan Pak Cik Google, Budiey terjumpa satu jalan penyelesaian iaitu NuvaPine A. Budiey pun terus dapatkan NuvaPine A ni. Tapi sebelum beli dan guna, Budiey dah buat research betul ke produk ni berkesan.

nuvapine

NuvaPine A mengandungi bahan yang dipatenkan Bioeffective® A, ekstrak dari sejenis pokok iaitu pine conifer green needle yang telah digunakan sejak tahun 1930-an. Bioeffective® A ni adalah terhasil daripada program penyelidikan botani dalam pelbagai bidang terapeutik di Australia. Ia merupakan sejarah penyelidikan yang merangkumi 80 tahun yang lalu.

Nuvapine

Dari hasil kajian dan testimoni yang dibuat, ternyata Bioeffective ® A adalah bahan penyembuhan semulajadi yang terbukti secara klinikal untuk perut yang bermasalah seperti gastritis, refluks asid, GERD, H.pylori dan ulser perut. Orang kata, kita kena berusaha dan berikhtiar untuk cari jalan sembuhkan penyakit tu. Jadi, isteri saya dah mencuba untuk mengamalkan NuvaPine A ni setiap hari. Syukur, penyakit gastrik beransur pulih.

Jadi, Budiey kira, NuvaPine A adalah satu pilihan terbaik selain ubat-ubatan lain. Satu alternatif untuk korang yang mengalami penyakit angin dalam perut ni. Bukan sahaja ia selamat kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi malah ternyata ia berkesan.

Nuvapine

Untuk info pembaca, NuvaPine A ni dibuat daripada Bioeffective® A, produk pemakanan yang secara biologi berkesan yang telah dikaji sebagai antioksidan, anti-mikrobial, penyembuhan gastrointestinal dan kompleks detoksifikasi. Ia menggunakan teknologi yang dipatenkan khusus yang melibatkan pengekstrakan ‘elemen hidup’ daripada rumput pine conifer needles dengan cara yang kedua memelihara dan menguatkan aktiviti biologinya.

Kajian klinikal mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Bioeffective® A berkurangan sebanyak 92%, termasuk pengurangan gejala seperti gastrik, angin dan gangguan usus. Bukan itu sahaja, pesakit juga akan pulih secara perlahan sehingga menjadi normal dan mengurangkan kesakitan.

Tindakan Bioeffective® A adalah unik dan sangat luar biasa kerana ia telah terbukti sebagai ejen penyembuhan yang cukup kuat. Ia membantu menguatkan injap oesophageal yang rosak atau lemah, membina anti-radang untuk lapisan perut serta menyokong normalisasi jus pencernaan dalam perut. Ini memberikan kebaikan fungsi perut yang optimum tanpa kesan sampingan ubat-ubatan konvensional yang lain.

Sebagai permulaan, dos yang disyorkan untuk gastrik adalah 320mg dua kali sehari. Bagi masalah pedih ulu hati dan angin, dos yang perlu diambi adalah 320mg tiga kali sehari. Setiap dos hendaklah diambil kira-kira 30 minit sebelum makan. Ingin mencuba dahulu, kami telah mendapatkan NuvaPine A 160mg dari farmasi justeru mengambil 2 biji (bersamaan 320mg) 3 kali sehari.

Jadi, kepada anda yang mengalami gastrik, Budiey sarankan untuk mengambil NuvaPine A. Mana tahu, usaha dan ikhtiar untuk mengubati penyakit ni berjaya.

NuvaPine A boleh didapati di farmasi- farmasi terkemuka di Malaysia. Kalau inginkan info yang lebih mengenai produk ini bolehlah melawat FB NuvaPine A yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berpengalaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider, & Zarul Umbrella dalam Mentor Otai 

INTAI-INTAI JENGUK-JENGUK Travelog Pilihan Peminat Makanan