in ,

Nurul Wahab Berkahwin Hari Ini

Hari ini tanggal 6 Jun 2012, majlis pernikahan penyanyi Nurul Wahab berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.

Nurul selamat bernikah dengan Eric Daniel Depp, 47 tahun, seorang warganegara Perancis melalui upacara akad nikah yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi dan bersanding selepas majlis tersebut diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

Ramai selebriti dan rakan artis yang hadir, antaranya Jehan Miskin, Ning Baizura, Amy Mastura, serta beberapa tetamu VIP yang enggan didedahkan nama mereka.

Sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

Nurul dan Eric mula berkenalan pada September 2010 dan mula serius pada Januari 2011.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Nurul sah menjadi isteri kepada Eric Depp tepat jam 12.20 tengahari. Tahniah!

Nurul Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Wedding Kahwin

Nurul Kahwin

Nurul Kahwin

Jehan Nurul Wedding

Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).

Nurul turut menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.

Majlis diacarakan oleh pelawak Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamsiri.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Versus TV9 Cipta Sejarah

Video Penuh Konsert Kenangan Sudirman