in ,

NOWSEEHEART Lancar Album KATAKAN

Pada jam 2 petang tadi, telah berlangsung Majlis Pelancaran Album KATAKAN dari Nowseeheart di TERRACE RESTAURANT, Royale Bintang, The Curve.

Sekian lama menyepi tanpa album baru kumpulan nasyid yang dianggotai seramai empat orang ahli ini kembali dengan sebuah naskah album baru berjudul ‘KATAKAN’. Album yang keenam ini mula berada di pasaran pada penghujung Disember 2014 memuatkan 9 buah lagu; Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014, dan Fatwa Hati.

NOWSEEHEART

Menariknya lagu FATWA HATI yang merupakan ‘killer song’ di dalam album ini turut menampilkan artis popular tanah air iaitu JayJay. Pemilihan JayJay di dalam lagu ini, setelah menilai kesesuaian vokal beliau bersama Nowseeheart.

Lagu-lagu berserta lirik di dalam album ini kebanyakannya dicipta dan dihasilkan oleh salah seorang ahli kumpulan Nowseeheart sendiri, juga selaku penerbit album iaitu Azahari Abdul Rahman yang turut mendedikasikan sebuah lagu berjudul ‘Damai Di Sana’ buat Allahyarham Ahmad Firdaus bin Baharuddin atau lebih mesra disapa Bob Nowseeheart yang merupakan bekas ahli kumpulan tersebut. Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 baru-baru ini juga turut menobatkan Nowseeheart sebagai penerima Anugerah Artis Nasyid Berkumpulan Paling Popular.

Reka letak yang simple dan minimalist dengan ilustrasi tona cahaya coklat benar-benar menggambarkan kematangan dan kualiti kulit album yang keenam ini. Album terbitan Inteam Records Sdn Bhd dan diedarkan bersama Sony Music Malaysia ini dijual dengan harga mampu milik iaitu RM 19.90 kini boleh didapati di seluruh rangkaian kedai buku seperti di Popular dan MPH serta rangkaian kedai muzik dan buku Islam yang lain.

Lebih mudah pembelian secara atas talian (online) di www.inteammobile.com juga boleh dimuat turun melalui aplikasi iTunes, Spotify dan Amazon. Semoga ‘KATAKAN’ menjadi inspirasi buat semua agar menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.

#LiveUpdate : Jam 3 petang tadi, kumpulan @nowseeheart telah melancarkan album terbaharu, #KATAKAN yang memuatkan sembilan buah lagu seperti Katakan, Sudahlah, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014 dan banyak lagi!  Jangan lupa untuk dapatkan yang origina

NOWSEEHEART

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CONCERT Air Supply 40th Anniversary World Tour LIVE in Malaysia

Hush Puppies Lancar Koleksi Musim Bunga 2015 Urban Minimal