in , ,

Nora Danish Buka Semula Komen IG Setelah Pulang dari Bercuti

Selepas menutup ruangan komen akibat kecam hangat netizen menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG).

Setelah dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi, Nora Danish bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya.

Namun, Nora dilihat membuka semula ruangan komen apabila berkongsikan foto bersama suami memaklumkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari bercuti.

Meskipun berterusan menerima kecaman netizen, namun Nora tidak mempedulikan segala kecaman tersebut dan tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nora Danish Buka Semula Komen IG Setelah Pulang dari Bercuti

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menitipkan kata-kata nasihat kepada pelakon itu supaya lebih menjaga aurat apatah lagi dunia sudah semakin tenat.

Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.”

Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali).

Terdahulu, ramai mengecam penampilan Nora yang dilihat agak seksi dan dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Kecoh Sajat Guna Kereta Api Lolos Ke Thailand, Ini Jawab KTMB

Ulasan Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Peranti Boleh Lipat Yang Bergaya!