in , ,

Noorshila Amin Bakal Perform di Konsert Amal Legenda 80an

Pertama kali bersua dengan penyanyi Noorshila Amin masa hadir di Sidang Media Konsert Amal Legenda 80an di Istana Budaya. Ceria sepanjang masa, petah bercakap macam mak-mak macam tu kan walaupun baru je first time jumpa.

Mesra dia macam dah lama kenal. Dulu-dulu pernah tengok video muzik dia kat TV sebab lagu dia memang sentiasa dipasang kat corong radio. Lagu paling popular, sudah tentu AKU SUDAH JATUH CINTA, tapi ramai yang panggil lagu tu DADADIDUDiDADI. Hahaha, tu je yang diorang tahu. Budak zaman sekarang mungkin tahu lagu je, penyanyinya tak kenal. Haa, nilah orangnya.

Dia baru je tu nampak slim sebab amalkan pemakanan sihat katanya. Selain lagu tu, kalau korang masih ingat, ada lagi best yang lain macam KAD UCAPANMU. Lagu ni macam bercerita sebuah cerpen pendek yang sangat sedih sebab dapat kad ucapan hari jadi tapi kekasih dia tu minta putus tanpa alasan atau penjelasan.

Selain tu, ada lagu RAMBU RAMBA, SEKIAN TERIMA KASIH, AHAI USAHLAH dan lain-lain. 

Nak kasi tau sikit pasal Noorshila Amin akan perform di Konsert Amal Legenda 80an yang akan berlangsung pada 19 dan 20 April 2019 di Istana Budaya.

Antara penyanyi lain yang akan buat persembahan ialah Ibnor Riza, Dato’ Nash, Dato’ Nassier Wahab, Dato’ Malek Ridzuan, Zaiton Sameon, Noorshila Amin, Rohana Jalil, Siti Fairus, Kalthom Kadir, Salwa Abd Rahman, Zamree, Shidee, Azizul Khamis, Razis Ismail, Isma AF, Sam Iskandar, Rizal Ahmad, Seri Sarima dan ramai lagi.

Konsert ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia. Tiket-tiket berharga RM100 – RM500 boleh hubungi 019-492 3312 atau 011-11600049. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reunion Artis Nasyid Terhebat di Konsert Amal 4NOMENA Alumni UIAM

Saluran DIVA Umum Bakal Siar STYLE ME NOW