in , ,

Reunion Artis Nasyid Terhebat di Konsert Amal 4NOMENA Alumni UIAM

Barisan artis nasyid terhebat yang pernah di bawah satu naungan kini kembali bersatu bagi mengubati kerinduan peminat!

Konsert ini dianjurkan oleh KGM Event bagi mengubati kerinduan peminat muzik nasyid tanah air serta turut mendapat kerjasama Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan menampilkan barisan artis yang pernah berada di bawah naungan label HIJJAZ RECORDS iaitu HIJJAZ, INTEAM, UNIC dan MESTICA.

Group photo (artists, organizer _ sponsor)

Nuansa irama nasyid terus mendapat permintaan ramai biarpun banyak genre lain yang lebih dekat dengan jiwa anak muda hari ini dilihat mendominasi pasaran muzik tanah air. Bahkan perjuangan muzik nasyid masih kekal relevan dan bersifat malar segar.

Irama kerohanian tetap mendapat tempat di hati peminat walapun ada ketikanya mengalami zaman suram.

Biarpun anggota kumpulan nasyid muncul bersilih ganti, namun aura kehebatan setiap kumpulan tetap menjadi pujaan ramai.

Konsert Amal 4NOMENA Alumni UIAM

Kebangkitan Fenomena Muzik Nasyid Menerusi Konsert Penyatuan

Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada sokongan peminat yang tidak pernah berbelah sejak lebih dua dekad tertubuhnya HIJJAZ RECORDS, tema ‘Terima Kasih’ diangkat sebagai simbolik kepada konsert penyatuan ini.

Dijadualkan untuk berdurasi selama tiga jam, konsert reunion ini akan berlangsung pada 20 April 2019, jam 8.30 malam di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

“Meskipun kebelakangan ini muzik nasyid mungkin dilihat tidak lagi menguasai pasarandan bergerak agak perlahan, namun tanggapan tersebut tidak tepat kerana genre nasyid masih lagi relevan dan bersifat malar segar sehingga kini kerana ia mempunyai kelompok besar peminatnya yang tersendiri.

Justeru, dalam usaha mengembalikan nostalgia irama nasyid sekaligus mengubat kerinduan para peminat, pihak KGM Event dengan kerjasama Alumni UIAM selaku penganjur bersama cukup berbesar hati membawakan konsert penyatuan ini sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat yang merupakan tulang belakang perjuangan muzik nasyid. 

Menyelusuri sejarah kegemilangan genrenasyid yang pernah mencetuskan satu fenomena luar biasa di kalangan penggemar muzik tanah air sekitar tahun 1990-an, Hijjaz merupakan antara pelopor terawal yang memperjuangkan lagu-lagu berunsur dakwah, kerohanian dan ketuhanan secara komersial. Susulan perkembangan positif tersebut, tertubuhnya pula anak didik nasyid baharu yang bernaung di bawah syarikat Hijjaz Records.

Kami berharap konsert penyatuan ini bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligusmembekaskan impak yang mendalam. Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkan tiket segera dan datang beramai-ramai bersama sahabat handai dan seisi keluarga kerana para peminat bakal dijanjikan denganpengalaman menonton yang mempersonakan.”

Mahmud Fahrurrazey, Pengarah KGM Event
Mahmud Fahrurrazey 1 (Pengarah KGM Event)

Trivia Mengenai Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM

  • Konsert penyatuan ini juga bakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air iaitu ‘Along Exists & Friends’ yang bakal mengiringi persembahan secara ‘live’.
  • Sebahagian daripada hasil kutipan jualan tiket konsert ini bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar UIAM yang kurang berkemampuan dan turut disumbangkan kepada dana sosial yang digerakkan oleh ‘Kengkawan Project’iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan bantuan kemasyarakatan.
  • Para peminat bakal dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan HIJJAZ, INTEAM, UNIC dan MESTICA.Setiap kumpulan bakal mendendangkan lima buah hits masing-masing beserta beberapa kejutan menarik yang bakal disajikan kepada para penonton.
  • Selain itu, terdapat juga persembahan istimewa daripada bekas anggota kumpulan nasyid tersebut yang kini aktif bergerak secara solo iaitu FITRI HARIS (UNIC), SUHAIMI SAAD (INTEAM), HAFIZ HAMIDUN (UNIC) dan FADZLI AZIZ (UNIC). 
  • Bagi merancakkan lagi penganjuran konsert ini, para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan istimewa daripada juara pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 iaitu KUMPULAN ZEROyang tidak asing lagi di kalangan peminat hiburan komedi tanah air. 
  • Selain itu turut dalam perancangan, terdapat juga penampilan istimewa artis-artis popular sebagai gimik pada malam konsert tersebut yang akan diumumkan menerusi akaun media sosial rasmi kelak dari semasa ke semasa.
  • Tiket jualan konsert terbahagi kepada 4 zon iaitu Zon VIP, Zon A, Zon B dan Zon C yang dijualbermula dengan harga RM15 hingga RM60 sahaja. Khusus buat pembeli tiket VIP, mereka akan menerima pas istimewa Meet and Greet.
  • Tiket-tiket tersebut boleh dibeli terus dengan menghubungi secara Whatsappdi talian 017-2833449. Untuk sebarang butiran lanjut, sila kunjungi akaun media sosial rasmi di Instagram dan Facebook.
Inteam

Info Ringkas Mengenai Barisan Artis Naungan Hijjaz Records

  1. HIJJAZ mula membina nama dalam industri nasyid tanah air pada tahun 1997 dengan album pertama Cahaya Ilahi. Bermula dengan 4 orang anggota kumpulan iaitu Isman Nadim, Munif Ahmad, Faizal Osman & Allahyarham Salleh Ramli yang digantikan dengan ahli baharu Arifin Rahim. Bertanggungjawab menggilap dan melahirkan artis pelapis iaitu Inteam, UNIC, Mestica dan kumpulan nasyid kanak-kanak iaitu Aeman.
  2. Kumpulan INTEAM ditubuhkan pada tahun 2000 yang dianggotai oleh Syahril Khalid, Hazamin Harun, Suhaimi Saad dan Hisyam Ahmad.Kemudian bertukar dengan Rahim Osman untuk menggantikan Hisyam Ahmad dan Suhaimi Saad memilih untuk bergerak secara solo. INTEAM kembali berempat dengan kemasukan semula Hisyam pada hujung tahun 2014. INTEAM pernah menjadi fenomena dengan lagu bertema cinta Kasih Kekasih hingga pernah dilarang menyanyikan lagu tersebut. 
  3. Manakala Kumpulan UNIC yang muncul dengan album pertama berjudul You And I See, boleh disebut sebagai kumpulan yang paling kerap bertukar anggota dengan ahli terkini Bazli Hazwan, Fakhrul Radhi dan Wan Najdi.Bekas anggota lain yang pernah menjadi sebahagian daripada UNIC adalah Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Afendi, Wan Syah, Fadzli Aziz dan Syed Azlan.Lebih membanggakan, UNIC & Fitri Haris pernah menjuarai pertandingan nyanyian Gema Gema Vaganza terbitan Astro Oasis untuk musim pertama dan kedua. 
  4. Alumni artis Hijjaz Records bertambah lagi dengan kemunculan MESTICAyang dianggotai oleh Razin Che Mud, Khairul, Khalil dan Saiful.Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan tiga kumpulan nasyid yang bergiat aktif di kampus Uitm Shah Alam iaitu Is-One, As-Syifa dan Al-Wahdah dan mereka sempat merakamkan tiga album iaitu Sendu Sendawa, Layar Keinsafan dan Tiga Satu Tiga.
Hijjaz
Mahmud Fahrurrazey 2 (Pengarah KGM Event)
Mestica
UNIC _ Hafiz Hamidun
Group photo (artists only)
UNIC
Konsert Amal 4NOMENA Alumni UIAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Filem KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE Bakal Ubati Rindu Peminat

Noorshila Amin Bakal Perform di Konsert Amal Legenda 80an