in , ,

Nomad Hasilkan Lagu TANDA SETIA Hasil Inspirasi Sebuah Drama Cina

Setelah hilang buat seketika, Nomad akhirnya ke persada muzik tanah air apabila menyertai saingan Gegar Vaganza 7 (GV7) baru-baru ini.

Biarpun tidak mampu bertahan sehingga ke peringkat akhir, namun ia dilihat sebagai batu loncatan buat dirinya kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Yang terbaharu, penyanyi berkenaan baru sahaja melancarkan sebuah single berjudul Tanda Setia, istimewa buat peminat-peminat yang menantikan lagu baharu daripadanya.

“Sebenarnya saya sudah menyiapkan lagu ini sejak lima tahun yang lalu, tetapi baru sekarang ia dapat dirakam dan dilancarkan.

“Mengenai pembikinan lagu Tanda Setia ini, ia adalah inspirasi daripada sebuah drama Cina yang pernah saya tonton dahulu,”

– Nomad

Nomad berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Tanda Setia yang berlangsung pada minggu lalu.

Menceritakan lebih lanjut mengenai lagu berkenaan, Nomad memberitahu drama yang ditontonnya itu merupakan sebuah kisah yang begitu menarik perhatian dan mengusik jiwannya sehinggalah tercetusnya ilham serta terhasilnya Tanda Setia.

“Jalan cerita yang dipaparkan sangat memberikan kesan kepada saya kehidupan sepasang suami isteri yang sudah berusi, tetapi terpaksa berhadapan hakikat kehilangan pasangan mereka.

“Setiap kali ulang tahun kelahiran, si suami menyediakan kek untuk menyambutnya sendiri tanpa kehadiran insan tersayang. Dia tetap akan menyambut hari lahir sendirian dan berharap semuanya akan segera berakhir,”

– Nomad

Menurutnya, dia juga telah menghantar lagu berkenaan ke sebuah studio di Amerika Syarikat untuk proses akhir.

*Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Selebriti Ini Beranikan Diri Membuat Lamaran Secara Langsung di Kaca TV

“Kak Lofa Pernah Nangis Sebab…” – Athisha Khan Akhirnya Dedah Kisah Lama Neelofa