in , , ,

“Kak Lofa Pernah Nangis Sebab…” – Athisha Khan Akhirnya Dedah Kisah Lama Neelofa

Walaupun kini bergelar seorang selebriti dan usahawan berjaya, namun ramai yang masih tak tahu Noor Neelofa merupakan seorang pelajar yang cemerlang ketika di bangku sekolah.

Menerusi satu episod video di laman YouTube, adik kepada Neelofa iaitu Athisha Khan mendedahkan kisah Neelofa sewaktu masih bersekolah. 

Athisha  menceritakan Neelofa akan menangis sekiranya mendapat gred  B dalam peperiksaan kerana beliau sangat  rajin dan fokus dalam pembelajaran. 

Neelofa mengakui perkara tersebut dan sempat berseloroh beliau sepatutnya lebih banyak menghabiskan masa muda dengan bermain.

Wow, memang dari dulu lagi rajin dan berdedikasi. Tak hairanlah kalau beliau boleh berjaya sampai ke tahap macam ni. 

Kudos to Lofa! 

Kredit: YouTube Channel Athisha Khan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nomad Hasilkan Lagu TANDA SETIA Hasil Inspirasi Sebuah Drama Cina

Berikut Senarai Filem Animasi Tempatan Paling Ditunggu-Tunggu di Tahun 2021