in

Ning Baizura Ada Tips Guna Cecair Pencuci

Ning dan Leya jadi teladan, pupuk kesedaran di kalangan pengguna Malaysia untuk mempertimbang semula tabiat mencuci pakaian. Dynamo, pencuci cecair No. 1 di Malaysia, mendapati bahawa rata-rata pengguna Malaysia cenderung menggunakan cecair pencuci pakaian dalam kuantiti yang melebihi keperluan sebenar.

Untitled

Jenama tersebut membentangkan hasil kajian corak pengguna ketika suatu perbincangan panel, di mana sesi tersebut mendedahkan bahawa 1 daripada 4 orang dewasa tidak membuat sukatan atau mengikut paduan label ketika menggunakan cecair pencuci pakaian. Di samping itu, kumpulan yang sama turut menggunakan kuantiti cecair melebihi sukatan yang ditentukan kerana mereka merasa langkah tersebut akan menjadikan pakaian lebih bersih.

“Adalah menjadi kepercayaan umum bahawa bila banyak detergen digunakan pakaian kita menjadi lebih bersih. Sebab itu kami dapati orang menggunakan terlampau banyak detergen yang melebihi keperluan sebenar,” kata Louie Morante, Pengurus Komunikasi Serantau Fabrik dan Jagaan Rumah, Procter & Gamble Asia Tenggara.

“Sebagai peneraju pasaran, Dynamo mempunyai peranan untuk membimbing rakyat Malaysia agar dapat memperbaiki tabiat cucian mereka, bermula dengan suatu langkah kecil menggunakan jumlah detergen yang sepatutnya untuk mendapat lebih pulangan daripada setiap botol sambil menjimatkan masa, wang dan tenaga,” jelas Louie.

Dengan personaliti TV Daphne Iking yang petah sebagai moderator, sesi perbincangan tersebut mendedahkan keperluan untuk membuang beberapa tabiat pengguna untuk menjadikan cucian lebih cekap. Sokongan yang konsisten diperoleh melalui input peserta di kalangan ibu-ibu selebriti, termasuk ratu vokal Ning Baizura yang merupakan seorang ibu dan juga dari Sharifah Aleya, bekas pengacara radio HotFM yang kini banyak menumpukan masa bersama keluarganya.

Dengan seramai enam ahli keluarga di rumah, Ning Baizura berkata, “Bayangkanlah longgokan pakaian yang harus dikendalikan. Saya amat menitikberatkan kebersihan dan keserian warna pakaian. Oleh sebab itu, saya sering mencari tips dan penyelesaian dari pelbagai rujukan yang tidak semestinya berkesan.

Untitled

Namun hari ini, saya menyedari bahawa kuantiti buih bukan penentu keberkesanan cucian dan ini adalah suatu tanggapan yang perlu diperbaiki agar orang ramai tidak menggunakan lebih detergen yang diperlukan.”

Sharifah Aleya pula merujuk suatu tabiat yang mungkin menjadi faktor penggunaan cecair pencuci berlebihan, “Suami saya mahukan bau pakaian yang segar dan wangi. Pakaian bersih perlu berbau segar. Ini mendorong kami menggunakan lebih daripada satu penutup tanpa menyedari bahawa ada jalan penyelesaian untuk menampilakn keharuman pakaian seperti pewangi fabrik.”

Hanya satu botol untuk cucian setinggi Menara KL

Sesi perbincangan ini adalah bersempena pelancaran Dynamo Power Gel, rangkaian serba baru yang menampilkan formula gel ultra pekat untuk menanggalkan kesan kotoran dua kali lebih baik dengan satu basuhan. Ini bermakna, hanya setengah penutup botol atau 45ml Dynamo Power Gel cukup untuk satu muatan standard kain baju sebanyak 15-20 helai.

Bagi mendidik rakyat Malaysia bahawa pengunaan bahan pencuci yang sedikit boleh memberi nilai pulangan yang tinggi, Dynamo memaparkan dua hamparan kemeja-T yang digantung setinggi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) untuk memberi gambaran jelas bahawa hanya satu botol 2L Dynamo Power Gel diperlukan untuk mencuci jumlah kemeja-T setinggi itu.

Jelas Louie, “Berserta produk-produk inovatif, kami mendidik pengguna bahawa satu botol padat detergen sebenarnya boleh mencuci lebih banyak pakaian daripada apa yang mereka sangkakan. Cara yang terbaik untuk menggambarkan keupayaan tersebut adalah dengan membuat perbandingan pada Menara Kuala Lumpur yang tersergam dan boleh dilihat dari mana-mana sudut bandar.”

Dynamo Power Gel juga diberikan wajah baru dengan bungkusan produk yang inovatif, termasuk penutup botol yang direka bukan sahaja untuk mengukur dengan lebih jelas, tetapi juga untuk mengelakkan pembaziran dengan membiarkan detergen yang tertinggal pada penutup mengalir masuk semula ke dalam botol. Versi yang ditambah baik ini dibawakan dalam struktur cecair yang pekat apabila mendap dan menjadi cair apabila dicurahkan. Inilah ciri utama yang menjadikan detergen larut dengan lebih baik dan tidak meninggalkan sisa detergen pada pakaian.

Untitled

“Dynamo merupakan sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sekian lama. Pengguna kini amat menitikbertkan nilai pulangan daripda setiap pembelian yang dilakukan. Menyedari hakikat tersebut, inisiatif ini menunjukkan komitmen kami dalam usaha ke arah penambahbaik dan menjadikan kehidupan orang lebih mudah,” kata Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Procter and Gamble Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dynamo Power Gel kini boleh didapati atas rak-rak di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Everyday Me Malaysia (https://www.facebook.com/
EverydayMeMalaysia) atau ikuti perbualan dalam talian dengan hashtag #MYLaundryTower.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cyrill Hassan

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – IN THE HEART OF THE SEA

Telemovie BOLEH DIAM TAK? Lakonan Sheera Iskandar