in , ,

Nico G Lancar Barangan Merchandise Eksklusif Sempena Gegar Vaganza 8

Sempena penyertaan NICO G dalam program realiti Gegar Vaganza 8, NICO G telah melancarkan barangan eksklusif NICO G dengan rakan kolaborasi Labu Labi Premium.

Sebuah majlis pelancaran telah diadakan hari ini di kedai Labu Labi Premium di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, meriah dengan kehadiran ahli kelab peminat NICO G yang digelar NICO G Hommiez.

Majlis yang diadakan serba ringkas itu membuka peluang kepada mereka yang hadir untuk menjadi orang terawal yang mendapatkan barangan ekslusif NICO G serta kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan autograf dari ketiga-tiga ahli kumpulan peneraju irama HipHop tanahair.

Nico G Lancar Barangan Merchandise Eksklusif Sempena Gegar Vaganza 8

Menurut M.D. Nico selaku ketua kumpulan NICO G, perancangan untuk melancarkan barangan eksklusif ini dibuat dalam masa dua hari sahaja dengan biarpun mereka sibuk membuat persiapan untuk konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 8 yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 5 Disember 2021 pada jam 9 malam.

Bakal menyanyikan lagu ‘Manis’, peminat-peminat boleh sokongan terhadap NICO G dalam Gegar Vaganza 8 dengan mengundi mereka bagi Anugerah Betul-betul Luar Biasa di link berikut: https://voting.astro.com.my/anugerahbetulbetulluarbiasa/

Selain menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada NICO G sepanjang terlibat dalam Gegar Vaganza 8, Dino memberitahu bahawa pelancaran yang diadakan ini merupakan hadiah NICO G buat peminat-peminat yang sentiasa menantikan barangan eksklusif baharu dari NICO G. 

Affa memberitahu bahawa setiap kali barangan ekslusif NICO G dihasilkan, setiap ahli NICO G pasti akan terlibat secara langsung dari segi rekaan, pemilihan kain sehinggalah bungkusan, bagi memastikan barangan yang dihasilkan berkualiti dan eksklusif. 

Nico G Lancar Barangan Merchandise Eksklusif Sempena Gegar Vaganza 8

NICO G turut memberitahu berdasarkan pengalaman yang lalu, kesemua barangan keluaran mereka akan habis terjual dalam masa yang singkat kerana ramai yang mengumpul barangan ini untuk koleksi simpanan peribadi.

Peminat-peminat dan orang ramai yang ingin memiliki barangan eksklusif NICO G boleh membuat tempahan dengan mengunjungi kedai Labu Labi Premium atau mengikuti akaun Instagram mereka @labulabipremium.

Ketahui perkembangan terkini mengenai NICO G sepanjang berada dalam Gegar Vaganza 8 dan projek-projek terbaharu dari NICO G di akaun media sosial Facebook, instagram, Twiiter dan Tiktok @nicog.official. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shalma Eliana YANA

Shalma Eliana Kini Yana, Kini Lancar Single YOUR LOSS

Spotify Reveals Wrapped 2021: BTS Malaysia’s Most-Streamed Artist