in , ,

New Hope Club Kembali Memukau Peminat di Malaysia 

TERAKHIR BERAKSI PADA TAHUN 2018, NEW HOPE CLUB KEMBALI MEMUKAU 2,000 PEMINAT DI MALAYSIA LEWAT PERSEMBAHAN DI SUNWAY PYRAMID

Saat New Hope Club mengumumkan kepulangan mereka ke Malaysia, ia menjadi bahan bualan ramai. Kali terakhir berada di Kuala Lumpur pada tahun 2018, kumpulan itu berjaya memukau sebanyak 2,000 peminat Malaysia dengan persembahan showcase pertama mereka di Sunway Pyramid.

Mendendangkan lebih enam buah lagu terkini dan popular mereka, termasuk kesukaan ramai “Know Me Too Well”, New Hope Club berjaya mengundang para peminat mereka untuk sama-sama menyanyi sambil memenuhi keseluruhan ruang legar dengan semangat penuh jitu pemuda Malaysia.

New

“Tenaga mereka dan mendengar mereka menyanyi setiap bait lirik lagu kami membuat jelajah kami merentas Asia Tenggara menjadi satu detik indah sambil mengenang perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan muzik. Dapat bertemu mereka secara langsung ataupun melihat karya mereka di media sosial sejujurnya adalah pembakar semangat kami untuk terus berkarya sebagai satu kumpulan. Kami benar- benar ingin melihat konsert kami habis tiket jualan di Malaysia satu hari nanti,” kata salah seorang ahli kumpulan mereka Reece Bibby, sambil ditemani rakan sekumpulan Blake Richardson dan George Smith.

Kumpulan tempatan popular Insomniacks membuka acara dengan tiga lagu hit mereka termasuk “Sempurna”. Kumpulan itu dipilih oleh label dunia New Hope Club untuk membuka persembahan mereka di Kuala Lumpur, sekaligus menjadi pembukaan pertama Insomniacks untuk artis antarabangsa yang melawat Malaysia.

Sebagai penutup persembahan, mereka dianugerahkan sebuah plak Platinum oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim sebagai lambang buat lagu mereka “Know Me Too Well” bersama Danna Paola yang berjaya meraih rekod platinum di Malaysia.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian mereka di Malaysia serta kagum melihat rasa sayang mereka buat peminat yang telah mereka paparkan sejak bertahun lamanya. Ia sangat menakjubkan untuk melihat begitu ramai yang hadir ke Sunway Pyramid, menyanyi setiap bait lirik lagu mereka selain menayangkan poster buat mereka. – Membuat saya tak sabar untuk menonton lebih banyak persembahan anjuran Universal Music Malaysia.”, kata Kim Lim.

New

Dengan lebih 2.4 Bilion penstriman hingga kini, kumpulan itu berjaya menghabiskan jualan tiket di seluruh dunia (termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, Jerman, Perancis, Korea, Thailand, Jepun, Singapura, dan Indonesia). Lagu hit mereka yang tukar di TikTok tahun lalu -“Know Me Too Well” meraih perhatian luar biasa di pasaran tempatan sehingga mereka mendapat pencapaian #1 platinum di Malaysia.

 “Ia satu penghargaan yang besar buat kami, untuk melihat sokongan padu serta peningkatan peminat sejak pertama kali kami tiba empat tahun yang lalu. Kami akan terus mara dan harap akan kembali lagi.” Kata mereka.

Tentang New Hope Club

Pada Februari 2020, New Hope Club melancarkan album studio sulung mereka dan merancang jelajah seluruh dunia. Ia kejayaan besar buat kumpulan British tersebut dan bukti usaha keras mereka selama ini. Ia satu saat di mana ahli-ahli mereka Reece Bibby, Blake Richardson, dan George Smith seharusnya meraikan – album LP mereka mendapat tempat kelima di UK—namun mereka terbelenggu. Biarpun bangga dengan kejayaan itu, mereka tahu mereka mampu pergi lebih jauh.

Selama empat tahun tersebut sehinggalah kini, mereka bergerak aktif merantau Eropah, Asia, Amerika Utara dan selatan berkali-kali. Tekanan industri muzik untuk menjelajah, mempromosi dan mengejar hit membuat mereka merasa tidak sejati terhadap dunia muzik dan menjauhkan mereka dari tujuan asal berkumpulan iaitu berkarya bersama.

New Hope Club mengidamkan keaslian berkarya dan mengagumi artsi seperti The Beatles, Oasis, serta Fleetwood Mac kerana kejujuran mereka dalam menghasilkan muzik. Dengan karya baru serta visi seni yang lebih jelas mereka bangga dapat menghasilkan seni yang mereka mahukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YAYA ZAHIR SAMSUNG

Samsung Malaysia Anjur Samsung Galaxy Flextival Roadshow!

Nikmati Perspektif Dunia Berbeza Dalam Dokumentari THE WORLD FROM ABOVE