in , ,

Album Terbaharu Siti Nurhaliza HADIAH DARI HATI Bakal Berada di Pasaran 10 Disember

Yey! Yang anda nantikan akan tiba dalam masa 7 hari lagi! Berita terkini yang Budiey dengar, album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza – Hadiah Dari Hati akan memasuki pasaran pada 10 Disember ini.

BlogTerima kasih kepada Rie, peminat nombor satu Siti Nurhaliza kerana sudi memberikan info terkini ini.

Cover albumnya menggunakan warna hitam? Siap dengan font yang tertera dengan gelaran Dato’ buat pertama kalinya. Hanya memperagakan wajah Siti Nurhaliza yang bertudung hitam. Apa maknanya hitam bagi Siti? Hitam tampak bergaya? Hitam nampak kemas? Album sempena Siti Nurhaliza naik haji dan akan bertudung selepas bergelar hajjah? Aisey… tapi masih nampak rambut sikit la. Adakah Siti akan mengenakan fesyen bertudung setelah pulang dari mengerjakan haji? Pastinya, itu janji Siti. Gambar dirakam dari sudut sisi dan dimake up dengan lapisan warna pipi yang tona gelap untuk mengelakkan Siti Nurhaliza nampak tembam.

Album 11 buah lagu ini adalah hadiah paling istimewa buat peminat Siti. Selain berharap peminat setia yang menunggu berpuas hati dengan semua lagu, Siti Nurhaliza juga menggesa peminat agar menyokong beliau dengan membeli album yang original. Kena beli yang original ya, nanti Siti Nurhaliza marah.

Kalau nak download pun, sila muatturun daripada syarikat yang sah iaitu SN Mobile Digital. Siti juga tidak mahu peminatnya membandingkan dengan album-album terdahulu sebab setiap karya lagu dirakam dengan gaya yang berbeza. Harapan Siti Nurhaliza agak tinggi untuk album ini kerana beliau berpuas hati dan mahukan yang terbaik buat peminat. 

Isi Kandungan:

INFO ALBUM BARU SITI

  1. Album solo yang ke 12
  2. Mengandungi 11 buah lagu dalam bentuk kaset dan cd
  3. Penerbit album adalah Dato Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Greg Henderson dan Sharon Paul.
  4. Album akan diedarkan pada 10 Disember 2007
  5. Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records
  6. Dalam album akan ada cara untuk DOWNLOAD FULL SONG dan TRUE TONES

LAGU-LAGU DALAM ALBUM ‘HADIAH DARIPADA HATI’

  1. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
  2. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
  3. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
  4. Tanpa Kalian (Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
  5. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
  6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
  7. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
  8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
  9. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
  10. Sutramata (Aubrey Suwito / Tinta S)
  11. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea) 
2083052197 Ae1662Ebf6 | 4

Kata-kata Khas Dari Dato Siti Nurhaliza Dalam Album Terbarunya…

Assalammualaikum dan salam sejahtera

HADIAH DARIPADA HATI adalah sesuatu yang diberi. Ia lahir daripada keikhlasan diri, alunan melodi, bunyi, komposisi dan tulisan puitis berseni. Sesuatu yang terhasil daripada pancaindera yang paling sunyi iaitu hati. Hati mampu berbicara, membisik kata, mententeramkan jiwa, menerbitkan arus rasa dan mengalirkan beribu-ribu makna.

HATI yang sedang saya hadiahkan ini bukanlah milik saya seorang, ramai yang menjadi tulang belakang, memberi saya peluang, menghadiahkan karya terbilang dan membantu dalam setiap ruang.

KELUHURAN HATI telah memungkinkan saya dapat meneruskan perjalanan ini, jejak seni yang tidak akan pernah mati. Waktu mula menapakkan kaki, saya temui banyak mimpi indah dan ngeri,saya diuji dengan terik mentari, dingin salji, rebut menghampiri namun kerana cekal hati, saya pasti pada satu janji bahawa akhirnya saya akan dapat menemui indahnya pelangi.

Saya bersyukur masih diberikan kelapangan untuk menghadiahkan sesuatu buat anda yang sedia menanti hasil terbaru ini. Setiap pengalaman yang saya timba dari mula menghasilkan album ini akan saya kenang hingga ke akhir nanti. Saya gembira kerana kerjaya menjadi sekolah yang terbaik untuk saya belajar banyak perkara yang adakala saya takkan temui dalam kehidupan sehari-hari.

Kemunculan album ini saya dedikasikan buat semua penerbit album, komposer, penulis lirik, semua pihak yang bekerja keras di sebalik produksi ini kerana telah memberikan keistimewaan dan sentuhan anda yang tersendiri. Banyak pengalaman yang saya kutip, ilmu mereka yang saya intip dan kini hasilnya telah dapat saya titip.

Paling istimewa kepada peminat-peminat saya di mana saja anda berada. Ada yang sering bersua, tak kurang yang tak terlihat dek mata, tak terjangkau sempadan dan benua tapi masih setia memberi sokongan dan kata-kata membina.

Kepada yang baru mahu berjinak-jinak mendengar lagu saya, semoga anda menemui sesuatu di sini dan inilah hadiah bagi `perkenalan’ kita.

Saya juga tidak akan melupakan banyak insan berjasa dalam kehidupan peribadi dan kerjaya saya. Buat suami tercinta, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, keluarga saya dan keluarga mentua saya, seikhlasnya daripada hati saya amat berterima kasih kerana anda telah menjadi `erti dalam hidup saya.

Kepada warga kerja Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. dan Suria Records Sdn.Bhd. semoga kita akan terus bekerja keras menaikkan industri muzik dan memberikan sesuatu yang maksima daripada usaha kita.

Kepada pihak media cetak dan media elektronik di dalam dan di luar negara, terima kasih di atas sokongan anda selama ini dan doa saya agar kerjasama ini tidak akan pernah berhenti.

kredit: Sitizone.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07

Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007