in , ,

Netizen Terkejut Dengan Harga Pakej Umrah Bersama Neelofa & PU Haris

Satu pakej umrah milik agensi swasta menjadi bualan hangat apabila didakwa mengenakan harga tersangat tinggi untuk membuat umrah bersama usahawan terkenal Neelofa dan suaminya PU Haris.

Difahamkan, terdapat tiga pakej umrah yang ditawarkan agensi tersebut, tetapi harga paling mengejutkan orang ramai ialah pakej VVIP bernilai RM35,000 seorang.

Menjengah ke ruangan komen posting di Instagram itu, netizen mempersoalkan harga itu seperti pergi bercuti ‘honeymoon’ dan bukanlah harga untuk pergi membuat ibadah.

Manakala dari sudut Twitter pula, rata-rata menghentam dan tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Agensi Omrah Travel turut menawarkan pakej yang ‘murah’ sedikit iaitu Pakej Premium berharga RM15,000.

Netizen Terkejut Dengan Harga Pakej Umrah Bersama Neelofa Dan PU Haris

Namun apa yang netizen terlepas pandang sebenarnya adalah kemudahan premium yang tersedia bersama pakej yang ditawarkan.

Contohnya untuk pelanggan Pakej VVIP, mereka akan tinggal di Hotel Dar Al Tawhid Makkah (3 minit berjalan kaki ke Masjid al-Haram) dan menaiki penerbangan ‘Business Class’.

Para pelanggan juga akan berada di Tanah Suci selama 11 hari dan segala perbelanjaan lain seperti makan dan minum turut ditanggung.

Bagi mereka yang ‘ada duit’ pasti tidak kisah untuk memilih pakej yang lebih mahal kerana mereka mampu. Lebih-lebih lagi pakej umrah ini ditemani selebriti dan menginap di lokasi hotel yang lebih selesa dan dekat.

Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dengan cara lebih bajet, pasti ada agensi yang menawarkan pakej umrah yang jauh lebih murah.

Cumanya tidak ditemani selebriti dan tinggal di lokasi hotel yang biasa-biasa sahaja. Apa pun pilihannya, semoga setiap mereka yang ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Menghubungkan Inovasi & Kemampanan Fokus Samsung untuk CES 2023

Nadin Amizah

Sambut Sorai Konsert Sulung Nadin Amizah 21 Januari 2023 Ini