in , ,

Netizen Tergamam Ifa Raziah Berhabis Lebih RM100,000 Beli Emas

Sebut saja nama Ifa Raziah, pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dangdut itu oleh netizen di media sosial.

Baru-baru ini, tular video dia media sosial memaparkan penyanyi berusia 47 tahun itu berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kedai Emas Rozita di aplikasi TikTok, kelihatan Ifa sedang sakan mencuba emas yang ingin dibeli di kedai emas tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tergamam dengan jumlah wang dibelanjakan oleh penyanyi itu untuk membeli emas.

Tidak kurang juga, ramai yang teruja serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki dimiliki Ifa sehingga mampu membeli emas dengan harga tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Sesuaikan gaya anda dengan Aksesori Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4