Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Netizen Puji Staf J&T Dah Insaf, Kini Dah Tak Baling-Baling Barang

SEBELUM ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling ‘parcel’ pelanggan kerana mogok komisen telah dikurangkan. Terbaharu, menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di J&T telah memuat naik satu video memaparkan keadaan selepas peristiwa dahulu.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video pekerja syarikat kurier J&T yang mogok serta bertindak membaling barangan pelanggan. Susulan isu tersebut, beberapa minggu lalu seorang pengguna TikTok yang juga pekerja J&T berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.

Terbaru, seorang pekerja J&T memuat naik video memaparkan keadaan di pusat pengumpulan barang selepas kejadian dahulu.

Menerusi video itu, dapat dilihat barangan pelanggan dijaga dengan elok dan diletakkan dengan penuh berhemah meskipun barangan diterima dalam kuantiti yang banyak.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan cara lelaki tersebut mengasingkan barang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.

Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.

Malah, ada dikalangan netizen mengatakan meskipun sebelum ini J&T terpalit kontroversi sebelum ini namun mereka mengakui perkhidmatan kurier itu paling pantas.

Apa pun diharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa kerana pasti ramai penghantar yang terkesan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version