in , ,

Netizen Puji Neelofa Naik Berat Badan 18 Kg Pun Cantik

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, baru-baru ini selebriti popular Neelofa ada memuat naik gambarnya bersama suami, PU Riz di majlis perkahwinan adiknya, Athisha Khan.

Kini sedang munggu masa untuk melahirkan anak pertamanya, lebih menjadi perhatian ramai adalah kapsyen Neelofa yang memaklumkan berat badannya naik 18 kilogram.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji bekas pengacara MeleTOP itu tetap cantik walaupun berat badan bertambah.

“Naik 18kg pun tetap cantik. Suka Neelofa sekarang, lebih merendah diri dan sopan. Kapsyen sempoi-sempoi saja,” puji netizen.

Malah, ramai yang mengatakan Neelofa tetap comel meskipun berbadan dua dan ramai tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak pasangan itu yang masih dirahsiakan jantinanya itu.

Terdahulu, Neelofa berkata dia akan menyambut kelahiran anak pertama mereka itu dijangka pada bila-bila masa serta berharap dapat melahirkan zuriat secara normal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Natama

Terjebak dalam Perasaan, Mark Natama Tampilkan Single TERLUKA MENGINGINKANMU

Fesyen Travel Trending | 20

Tak Sangka Jadi Viral, Cabaran Menari Di TikTok Dapat Respon Hebat Daripada Belia Muda