in , ,

Netflix Akan Mengenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi

Netflix membenarkan sebilangan profil dan pengguna untuk menonton secara serentak pada mana-mana peranti, bergantung pada pelan yang diambil. Kebiasaannya pengguna-pengguna akan berkongsikan satu akaun Netflix yang sama untuk menjimatkan kos langganan.

Bagaimanapun, keadaan ini dijangka akan berubah apabila Netflix dilaporkan akan mengenakan bayaran tambahan untuk akaun yang dikongsikan.

Dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang, pelanggan Netflix di Chile, Costa Rica, dan Peru akan menerima ciri baharu yang dikenali sebagai “Add an Extra Member”.

Ini membolehkan pengguna untuk menambah sehingga dua orang individu di luar isi rumah pengguna ke dalam akaun sendiri dengan ID log masuk dan kata laluan masing-masing.

Kos tambahan tersebut akan dikenakan sebanyak CLP2380 (~RM12.50) di Chile, US$2.99 (~RM12.50) di Costa Rica, dan PEN7.90 (~RM8.88) di Peru. Bayaran tersebut merupakan penambahan dari yuran langganan yang sedia ada pengguna berkenaan.

Selain itu, pengguna-pengguna (member) di dalam akaun berkenaan juga boleh memindahkan profil-profil yang berkongsikan akaun tersebut ke akaun baharu atau sub-akaun Extra Member. Ini bagi memastikan sejarah tontonan, My List dan cadangan kandungan untuk ditonton profil berkenaan kekal sama.

Sama ada Netflix akan memperkenalkan fungsi ini kerana pasaran lain termasuk Malaysia bergantung kepada sebanyak mana pengguna baharu yang dapat diperolehinya dari pengujian ini.

Pihak Netflix tidak menyatakan bagaimana pelaksanaan langkah ini dapat mengekang pengguna dari berkongsikan ID log masuk dan kata laluan dengan kenalan masing-masing. Tahun lalu, Netflix menguji ciri pemverifikasian akaun dan setakat ini ciri tersebut masih lagi belum diperkenalkan secara meluas kepada pengguna-pengguna globalnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Buletin TV9 & Harian Metro Untuk Berita Lebih Mantap!

Hikayat Nusantara The Rise Of A Natural Wellness Empire Jamu Tun Teja