in ,

Kolaborasi Buletin TV9 & Harian Metro Untuk Berita Lebih Mantap!

Buletin TV9, saluran berita nombor 2 negara dan Harian Metro, akhbar harian bahasa Melayu nombor satu di Malaysia kini berkolaborasi untuk menyampaikan kandungan berita yang lebih mantap dan menyeluruh kepada jutaan penonton dan pembaca mereka.

Kedua-dua medium berita gergasi ini mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan dan komuniti dalam negara. Oleh itu, menerusi kolaborasi strategik ini, gabungan kepakaran dan idea antara dua pasukan editorial ini pasti dapat memberi nilai tambahan kepada penonton dan pembaca kami melalui perkongsian berita yang lebih menarik, berdaya saing dan berinformasi. 

Kolaborasi Buletin TV9 dan Harian Metro telah bermula dengan paparan berita sulung mereka iaitu ‘Selamat Tahun Baru Cina Dalam Sedih’ di siaran Buletin TV9 pada 1 Februari 2022. Seterusnya, Buletin TV9 dan Harian Metro akan melaporkan segmen Metro Prihatin pada setiap minggu bermula bulan Mac ini. Segmen ini fokus kepada bantuan yang dihulurkan oleh pihak Harian Metro kepada masyarakat yang memerlukan menerusi tabung bantuan Metro Prihatin. 

Titipan Kasih Harian Metro, program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR) turut dipaparkan dalam siaran Buletin TV9 menerusi kolaborasi ini. Program CSR Harian Metro yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007 telah memberikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan tidak mengira latar belakang, etnik dan agama dengan kerjasama daripada rakan – rakan penaja. 

Selain itu, topik konsumer yang dilaporkan oleh Harian Metro juga akan dipaparkan dalam Buletin TV9 pada setiap minggu. Kolaborasi ini juga merangkumi laporan berita secara rakaman atau lintas langsung untuk liputan bencana alam dan acara sukan. 

Laporan berita secara langsung atas kolaborasi ini ialah ‘Sindiket Derma Online’ oleh Izzati Rizan di Buletin TV9 pada 8 hingga 10 Mac 2022. Ia membongkarkan kegiatan penipuan yang menggunakan taktik pemungutan derma untuk anak yatim, kos rawatan penyakit kronik atau bantuan orang kurang upaya. Pendedahan ini juga ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kegiatan ini dan lebih berwaspada apabila berhadapan dengan lambakan permintaan derma atas talian pada masa kini.

Ikuti laman sosial media Buletin TV9 dan Harian Metro untuk laporan berita terkini: 

Facebook : Harian Metro / Buletin TV9

Youtube : Buletin TV9

Twitter : @hmetromy / @BuletinTV9

Instagram : @hmetromy / tv9malaysia

Tiktok : @hmetromy / @tv9malaysiaofficial

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Filipina, Thailand & Malaysia Bergabung Jayakan Cabaran Di TIKTOK

Netflix Akan Mengenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi