in

Neera Azizi, Zulin Aziz & Ryzal Jaafar Berperang di Episod Akhir Perang Bibir

Debaran menanti kemunculan juara sulung Perang Bibir semakin kencang! Kini, hanya tinggal satu pusingan untuk mengetahui bibir siapakah paling kuat untuk merangkul gelaran Juara Perang Bibir sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan RM 30,000.

Gagal menjuarai episod pertama, peserta wild card Ryzal Jaafar yang berperang bibir dengan Reen Rahim dan Syazuwan Hassan di separuh akhir 3 tidak mensia-siakan peluang kedua yang diperolehi itu. Malahan, persembahan lip sync Ryzal menerusi lagu popular Amy Mastura ‘Sha Na Na’ dan lagu popular Backstreet Boys ‘As Long As You Love Me’ berjaya melayakkan diri ke episod akhir!

Poster Perang Bibir Episod Akhir

Bermula dengan 24 contenders yang terdiri daripada artis-artis popular Malaysia, Perang Bibir akan sampai penghujungnya pada 18 Mei 2017 (Khamis), pukul 9.30 malam di TV9. Menampilkan tiga contenders yang hebat-hebat belaka, apakah strategi Neera Azizi, Zulin Aziz dan Ryzal Jaafar untuk menawan pentas Perang Bibir?

Perang Bibir Final yang akan disiarkan pada hari Khamis ini juga menampilkan selebriti popular, Amy Mastura dan Raja Lip Sync, Ucop sebagai juri. Persembahan para contender akan dimeriahkan dengan Syazwan Zulkifly, Mustaqim Bahadom dan Ain AWOK.

Menyingkap separuh akhir 3 yang telah bersiaran pada minggu lepas, persaingan sengit antara Reen Rahim, Syazuwan Hassan dan Ryzal Jaafar menjadikan kelab peminat mereka bersorak dengan sekuat hati supaya artis kesayangan mereka dapat meraih markah yang tinggi dalam segmen persembahan lip sync bertema.

Jika sebelumnya Reen memegang 2 watak dalam satu lagu, kali ini dia bertukar menjadi gadis manis dengan lagu Ayda Jebat, ‘Siapa Diriku’. Sebelum persembahan, Reen Rahim mengaku dirinya rasa ‘goyang’ selepas melihat Ryzal lebih pandai untuk menari.

Syazuwan pula menjadikan sokongan daripada keluarga dan para peminat sebagai pendorong untuk menjayakan persembahan lip sync dengan lagu Aliff Satar ‘Lelaki Seperti Aku’. Ryzal telah mendahului mereka dengan 80 markah manakala Reen mendapat 78 markah dan Syazuwan ketinggalan dengan 73 markah.

Sayangnya Reen Rahim tidak dapat memperolehi sebarang markah dalam lip game pertama, ‘Lirik Dalam Lagu’ dan terpaksa disingkirkan. Ryzal pula berjaya meraih 25 markah lagi dalam pusingan ini. Syazuwan juga mendapat 10 markah. Nasib lebih memihak kepada Ryzal apabila dia sekali lagi mengalahkan Syazuwan dalam lip game kedua iaitu ‘Tiupan Ke Hati’. Memandangkan Ryzal sedang mendahului pesaingnya, dia tidak menggunakan ‘reset button’. Jadi, persaingan diteruskan dengan kedudukan markah Ryzal Jaafar (105 markah) dan Syazuwan Hassan (83 markah).

Segmen ‘Sing or Lip Sync’ akan menentukan corak persembahan contender sama ada bernyanyi atau lip sync selepas mengambil kad dari kotak misteri. Kedua-duanya lega apabila hanya perlu lip sync.

Syazuwan mempertaruhkan lagu Bunkface, ‘Situasi’ dan Ryzal pula memilih lagu Backstreet Boys, ‘As Long As You Love Me’. Dalam segmen ini, Ryzal meraih 82 markah manakala Ryzal pula hanya 78 markah. Secara keseluruhan, Ryzal Jaafar diraikan sebagai juara separuh akhir 3 dengan 187 markah.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan Neera Azizi, Zulin Aziz dan Ryzal Jaafar di Perang Bibir Final pada 18 Mei 2017, pukul 9.30 malam di TV9. Anda juga boleh menontonnya menerusi portal video Nombor Satu Malaysia, www.tonton.com.my.

Khusus buat peminat Perang Bibir yang kecewa apabila Syazwan Zulkifly, Izreen Azminda dan Reen Rahim tidak beraksi di segmen akhir selepas disingkirkan, persembahan penuh mereka dapat disaksikan secara eksklusif di youtube TV9Malaysia. Syazwan Zulkifly mempersembahkan lagu VE yang bertajuk ‘Pop Yeh Yeh’ , Izreen Azminda pula menggayakan semula lagu popular Ramlah Ram iaitu ‘Kau Kunci Cintaku’ dan Reen Rahim pula beraksi dengan lagu Stacy ‘Jahat’.

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Syazuwan Hassan DFKL - Lelaki Seperti Aku

Ryzal Jaafar mara ke pusingan akhir

Ryzal Jaafar - Sha Na Na

Reen Rahim - Siapa Diriku

Raja Lip Sync Ucop dan Amy Mastura tampil sebagai juri

Perang Bibir episod akhir menampilkan Amy Mastura dan Raja Lip Sync Ucop

Neera Azizi, Ryzal Jaafar dan Zulin Aziz berebut gelaran Juara Perang Bibir 2017 dan hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000

Lip Game Tiupan Ke Hati yang memberikan pemenang hak untuk menggunakan reset button

Berebut setiap peluang untuk mendapat markah dalam lip game

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Ola Bola Musical Bakal Dipersembahkan di Istana Budaya

Zizan Razak & SonaOne Bergabung Bersama Lahirkan CHENTAKU