in , ,

Neelofa Tersasul Panggil PU Riz ‘Sayang’ Masa IG Live

Sejak hubungan sebenar di antara Neelofa dan PU Riz didedahkan kepada umum, ramai peminat menjadi teruja lebih-lebih menantikan detik pernikahan mereka yang dikatakan bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Umpama merpati dua sejoli, dua selebriti berkenaan terus menjadi tumpuan selain mencetuskan inspirasi khususnya melihat bekas pengacara MeleTOP tersebut kini tampil mengenakan purdah.

Terbaru, sebuah keratan video mereka nampaknya membuatkan ramai terjatuh hati.

Adoi dah salah cakap…Takpelah Lofa benda dah jadi

– Netizen

Menerusi hasil perkongsian di Instagram @lofa.videos, Neelofa sedang menjelaskan sesuatu dalam sebuah sesi live sebelum akhirnya tersasul menyebut panggilan ‘Sayang’ yang nyatanya ditujukan kepada PU Riz.

Meskipun wajah lelaki berkenaan tidak muncul di skrin, namun suaranya jelas kedengaran di sekitar kawasan tersebut. Disangkakan cuma sekali sahaja tersalah cakap, siapa sangka artis berkenaan telah menyebut lagi perkataan sama untuk kali kedua pula.

3 kali tengok 3 kali aku sengih sabar jela…Tiada yang perlu disorokkan lagi

– Netizen

Sedar bahawa dirinya telah tersilap cakap panggilan manja tersebut, dia gagal menahan ketawa dan segera cuba menyembunyikan wajah dengan keluar sebentar daripada skrin.

Rakaman comel itu nyata membuatkan netizen sama-sama terasa sweet selain mengulang tonton secara berulang kali. Tidak ketinggalan, ramai juga mendoakan semoga mereka cepat-cepat disatukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Penerbit Datuk Ziela Jalil Meninggal Dunia

Enggan Berpindah Ke Stesen Radio Lain, DJ Lin Setia Bersama Suria FM Sampai Bila-Bila