in , ,

Neelofa Lancar Aplikasi TheNoor Secara Rasmi, Kini Anda Boleh Download Secara Percuma

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya aplikasi TheNoor kini dilancarkan secara rasmi dan boleh dimuat-turun dari Apple Store. Aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian tersebut diperkenalkan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

Melalui pemerhatian Budiey, ternyata ada segelintir pengikut Neelofa yang meluahkan rasa kecewa kerana aplikasi TheNoor masih belum boleh didownload di Android iaitu Google PlayStore. Jadi Neelofa ada membalas luahan hati mereka dengan memujuk pengikut agar bersabar dan masalah ini akan diselesaikan dengan segera.

Sebuah video klip pengenalan tentang aplikasi TheNoor telah pun disiarkan di laman Facebook dan Instagram Neelofa dengan menampilkan penyanyi Yassin dengan mendendangkan sebuah lagu tema untuk aplikasi ini.

Neelofa Lancar Aplikasi TheNoor Secara Rasmi, Kini Anda Boleh Download Secara Percuma

Mengenai aplikasi The Noor yang boleh dimuat naik mulai semalam, Neelofa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd, berkata, pihaknya meletakkan sasaran sejuta pengguna.

Aplikasi yang diwujudkan hasil perkongsian tiga rakan kongsi itu dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.

Selain itu, The Noor menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Indonesia.

Apa yang menariknya, terjemahan dalam bahasa Melayu dilakukan Neelofa.

“Niat saya, apabila meninggal dunia, terjemahan yang saya hasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua orang,”

– Neelofa

Pelbagai ciri boleh ditemui pada aplikasi ini – ia termasuklah informasi waktu solat, pemberitahuan azan, petunjuk arah kiblat, carian untuk masjid terdekat, kemas kini cuaca, himpunan ayat al-Quran berserta terjemahan dan banyak lagi.

Lebih menariknya, aplikasi ini turut dilengkapi sehingga 5 bahasa utama untuk terjemahan termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, Tamil dan Indonesia.

Seterusnya, penggunaan kombinasi warna yang terang dan menonjol pada beberapa tema yang tersedia – menjadikan antaramuka pada aplikasi ini kelihatan menyerlah. Seterusnya, membuatkannya kelihatan sedikit berbeza dengan daya tarikan yang tersendiri. Konsep yang diketengahkan juga kelihatan ringkas, ceria dan mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk untuk difahami.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dapat Berkolaborasi dalam Lagu CIAO, MK Ucap Terima Kasih Pada Joe Flizzow

Neelofa Kongsi Hubungan Keluarga & PU Riz Semakin Pulih, Bakal Umum Tarikh Nikah