in , ,

Dapat Berkolaborasi dalam Lagu CIAO, MK Ucap Terima Kasih Pada Joe Flizzow

Anggota kumpulan K-Clique MK melahirkan rasa bersyukurnya apabila dapat berkolaborasi dengan bintang rap Joe Flizzow dan penyanyi hip hop Korea Amerika Jay Park menerusi sebuah single terbaru berjudul Ciao.

Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkongsi sedutan video muzik lagu tersebut bersama ucapan penghargaan.

“CIAO. Angan-angan dan mimpi untuk bersama dengan mereka akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Jangan berhenti bermimpi. Terima kasih @flizzow untuk peluang ni.

“Jangan lupa Ciao dah ada kat semua platform digital. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa ada,”

– MK
JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO

Lagu Ciao yang dilancarkan pada 8 Disember tahun lalu membabitkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Singapura di mana komposer dan penyanyi Alyph menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang turut berbangga dengan pencapaian

Tahniah, may all the rizq and success come your way,” komen seorang wargamaya.

Alhamdulillahhh congrats MK,” kata seorang wargamaya.

Song ni LIT habis, mantap!” puji seorang wargamaya.

Video muzik Ciao sehingga kini telah menerima lebih 1 juta tontonan selepas lima hari ditayangkan di saluran YouTube.

Lebih istimewa, lagu tersebut kini menduduki carta trending nombor tiga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album MARHABA Hafiz Hamidun Himpun 13 Salawat Hasil Pemuzik & Jurutera Terbaik Antarabangsa

Neelofa Lancar Aplikasi TheNoor Secara Rasmi, Kini Anda Boleh Download Secara Percuma