Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Neelofa Kongsi Foto OOTD Pertama Pakai Niqab, Peluang Baru & Corak Pemikiran Baru

Selepas 4 Hari Umum, Neelofa Kongsi Foto OOTD Pertama Pakai Niqab – “Peluang Baru, Corak Pemikiran Baru!”

Pada hari ini, ramai netizen dan warganet telah tertarik dengan gambar ootd atau outfit of the day Neelofa selepas 4 hari beliau mengumumkan memakai Niqab. Dua keping gambar yang viral itu adalah gambar penuh Neelofa mengenakan niqab lengkap dengan persalinan labuh dwi rona hitam dan ungu, menampakkan dirinya berdiri dan satu lagi gambar Neelofa yang menunjukkan bahagian matanya.

Sebelum ini, Neelofa memohon doa peminatnya agar dia kekal istiqamah dalam mengenakan niqab. 

Rata-rata netizen memuji kecantikan yang ada pada Neelofa, kata mereka tak seperti wanita yang lain walaupun mengenakan niqab tapi masih lagi pakai celak tebal dan melukis kening. 

“New week, new opportunities, new mindsets!,”

– NEELOFA

Hantaran tersebut langsung meraih perhatian pengguna media sosial termasuk rakan selebriti yang memuji akan penampilan terkininya itu.

Malah, rata-ratanya turut mendoakan agar Neelofa terus istiqamah dan semoga semua urusannnya di permudahkan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version