in

Neelofa Kini Bergelar Penyanyi di Bawah Label Tune Music

Neelofa Kini Bergelar Penyanyi. Tindakan aktres Neelofa melebarkan sayap ke bidang nyanyian bukan kerana dia bersikap tamak dan gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, sebagai pendatang baru yang masih mengenal pasti kekuatannya dalam bidang seni, dia menganggap tawaran daripada Tune Music itu peluang baik untuk mengembangkan kerjayanya.

“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan. Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni.”

Selain Neelofa, label muzik di bawah syarikat penerbangan AirAsia itu difahamkan turut membariskan Maya Karin dan Aizat Amdan.

Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran itu dan bersetuju untuk memeterai perjanjian selepas melihat ruang dan potensi yang menantinya kelak.

“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia. Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,”

Genre & konsep muzik masih belum yang masih belum ditentukan.

Mengenai Lebaran tahun ini, pengacara Nona ini berkata, dia pulang berhari raya di Pasir Mas, Kelantan selama 10 hari sejak 17 Ogos lalu.

“Mulai hari ini (Isnin) saya akan menyambung semula penggambaran bagi menghabiskan baki drama bersiri Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima yang kini disiarkan di TV3.

“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan komitmen pengacaraan dan siri jelajah selepas menjadi duta beberapa produk,” katanya yang akan membintangi filem adaptasi novel Ahadiat Akashah berjudul Pilot Cafe bermula Oktober depan.

Irma Hasmie Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Mulanya Di Sini Lakonan Miera Liyana

Alia Bastamam