in , , ,

Drama Mulanya Di Sini Lakonan Miera Liyana

Dalam mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri apatahlagi dalam menghayati bulan kemerdekaan ini, generasi remaja seharusnya menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara bermula dengan meningkatkan disiplin dalam diri sendiri. Disiplin dalam diri menyumbang kepada melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan ianya dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja, Kolej Tentera Darat, Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Aksi Zain Saidin Dalam Mulanya Di Sini

 

Kisah Remaja Jalani PLKN Dalam 13 Episod “Mulanya Di Sini” di TV1

[dropcap]B[/dropcap]egitu juga bagi remaja yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang melatih anak-anak muda menjadi lebih berdikari secara positif setelah mereka dimanja dengan berbagai kemudahan di rumah. Tidak dinafikan, PLKN adalah satu-satunya program yang dapat menyatukan anak muda Malaysia di bawah satu bumbung bagi memahami antara satu sama lain. Walaupun kita 1Malaysia tetapi hakikatnya Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain telah dipisahkan sejak alam persekolahan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Perpisahan menjadi lebih teruk dengan perbezaan pandangan politik yang keterlaluan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sisi berbeza drama bersiri yang disiarkan sebelum ini dengan berkongsi 13 episod drama rantaian bertajuk “Mulanya Di Sini” mengisi slot Cindai yang berkongsi pengalaman menarik kelompok remaja yang sebahagian besarnya menjejakkan kaki ke kem PLKN tanpa kerelaan hati dan didesak oleh situasi.

Mengetengahkan pelakon kecil molek Miera Liyana di samping Zain Saidin, Abby Abadi, Rahim Omar dan Farid Wari, drama ini disiarkan mulai 30 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Kisahnya berkembang dengan watak Alya lakonan Miera Liyana, remaja daripada keluarga kaya yang hidup dengan dilimpahi segala kemewahan. Alya bertuah kerana segala kehendaknya pasti akan ditunaikan oleh keluarganya. Akibat terlalu dimanjakan oleh kedua ibu bapanya juga, Alya tidak pernah melakukan kerja-kerja yang berat dan memberontak sekiranya kehendak hatinya tidak dipenuhi.

Konflik timbul setelah Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan menyertai kursus PLKN. Oleh sebab takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia tidak langsung berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharunginya dan dia banyak mempelajari erti kehidupan yang sebenar dan perubahan ketara dilihat oleh ibu bapanya setelah Alyah pulang daripada menyertai PLKN.

Dapatkah Miera Liyana menghayati watak yang berlainan karakter dengan dirinya yang sebenar itu? Apakah pula pengajaran yang bakal diperolehi golongan remaja dalam drama ini, saksikan kesudahannya hanya di TV1.

Manis...miera Liyana Bertudung Dalam Mulanya Di Sini

Zain Saidin Dalam Mulanya Di Sini

Semangat ... Barisan Pelakon Yang Membintangi Mulanya Di Sini

Miera Liyana

Babak Dalam Mulanya Di Sini

Babak Bercinta Lakonan Miera Liyana Dan Farid Wari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding

Neelofa Kini Bergelar Penyanyi di Bawah Label Tune Music