in ,

Goyang Shafiq Jom Pi Cuti Lakonan Tasha Shila

[dropcap]S[/dropcap]etelah berusaha membuat kuih goyang berbalang-balang, akhirnya Shafiq berjaya menjual semua kuih itu di pasar ramadan. Walaupun perniagaan yang diusahakan oleh Shafiq berjaya, namun Shafiq kecewa kerana bekas kekasihnya sudah pun berkahwin dengan lelaki lain. Kemudian Shafiq membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasibnya. Menyusul selepas drama siri ‘Kampung Simpang Burung’ di slot Senda Pagi, sebuah lagi drama siri 13 episod berjudul ‘Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti’ mula disiarkan pada 10 Jun 2013, setiap Isnin jam 10.00 pagi.

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti yang merupakan kesinambungan daripada drama ‘Kuih Goyang Shafiq’ ini menampilkan barisan pelakon seperti Nabil, Sharifah Shahira, Adik Fimie Don, Adik Maisara, Eizlan Yusof, Fadillah Mansor, Ku Faridah, Nabila Huda, Tasha Shilla, Irma Hasmie, Jaafar Onn dan Azuan Mazlan merupakan hasil sutradara M. Nazir Juhan dan penulis skrip Mufid Suhaimi menerusi produksi Primeworks Studios.

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (6)

[pullquote align=”right”]Saksikan ‘Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti’ di slot Senda Pagi setiap Isnin jam 10.00 pagi hanya di TV3[/pullquote]

GOYANG SHAFIQ…JOM PI CUTI mengisahkan tentang seorang pemuda kampung, Shafiq (Nabil) yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasibnya. Ketika Shafiq sampai di Kuala Lumpur, dia terjumpa satu iklan tentang percutian di Pulau Perhentian. Oleh kerana tertarik dengan iklan itu, Shafiq terus ke agensi yang mengendalikan percutian itu untuk menempah pakej yang ditawarkan.

Beberapa hari sebelum pergi bercuti, Shafiq menumpang di rumah kakaknya, Seha (Sharifah Shahira). Dengan perasaan teruja, Shafiq memberitahu Seha dan suaminya, Hisham (Eizlan Yusof) tentang percutiannya. Seha dan Hisham yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja telah mengambil peluang ini untuk memujuk Shafiq agar membawa anak-anak mereka turut serta pergi bercuti. Shafiq tidak mempunyai pilihan selain membawa dua anak buahnya, Aiman (Fimie Don) dan Arora (Maisara) kerana Seha telah menempah percutian yang sama dengan Shafiq sehari sebelum hari percutian.

Ketika di pulau, Shafiq terpaksa melayan karenah anak-anak buahnya. Apabila ada masa untuk bersendirian, Shafiq akan menghabiskan masa di tepi batu yang berdekatan dengan sebuah kampung melayu. Di situ, Shafiq bertemu dengan gadis bernama Siti Nurhalina (Nabila Huda) dan mula jatuh hati padanya. Pada masa yang sama, Wan Zarina (Tasha Shilla) salah seorang pekerja di resort itu juga menaruh perasaan terhadap Shafiq. Akibat cinta bertepuk sebelah tangan, Wan Zarina sanggup mengurung Siti Nurhalina agar kedudukannya di mata Shafiq tidak terancam.

Wan Zarina menghasut Arora dengan mengatakan Siti Nurhalina adalah seorang perampas dan keadaan menjadi bertambah huru hara apabila Arora turut membantu tindakan gila Wan Zarina. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah percutian Shafiq akan menjadi sebuah mimpi ngeri atau satu kenangan yang terindah?

Saksikan ‘Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti’ di slot Senda Pagi setiap Isnin jam 10.00 pagi hanya di TV3. Ia juga boleh disaksikan menerusi www.tonton.com.my.

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (1)

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (2)

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (3)

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (5)

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (7)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Halalkan Hutang Shahz Jaszle Dunia Akhirat

Sinopsis Drama Ekspedisi Cinta Lakonan Sharizal Jaszle