in , , ,

Tahniah! Neelofa & Awal Ashaari Jadi Pengacara Anugerah Skrin 2012

Budiey nak ucapkan tahniah buat Awal Ashaari dan Neelofa yang telah menggalas tugas sebagai pengacara Anugerah Skrin pada 9 November ini.

Awal & Loofa telah diumumkan oleh Ally Iskandar di sidang media majlis pelancaran ASK 2012 yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, jam 3 petang Rabu semalam. Kedua-dua mereka mengakui rasa sangat berdebar untuk mengacara malam gilang gemilang yang bertemakan ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ itu.

Neelofa & Awal Ashaari

Menurut Awal, tema Selami Dunia Fantasi Kami yang menjadi tema anugerah kali ini mempunyai cabaran tersendiri kerana ia berbeza daripada mana-mana acara anugerah sebelum ini.

“Malam itu (ASK 2012) nanti akan berbeza daripada mana-mana malam anugerah yang lain kerana ia berlangsung dengan konsep seperti sebuah pementasan teater.

Secara peribadi, saya tidak menganggap ia sebagai majlis anugerah tetapi sebuah pementasan teater kerana ia bukan sahaja membabitkan pengacaraan malah lakonan daripada jalan cerita yang dibina berdasarkan konsep fantasi itu,”

– Neelofa

Gandingannya, Neelofa pula berkata, peluang yang diberikan TV3 untuk mengemudi anugerah berprestij itu satu penghormatan bagi pendatang baru sepertinya.

“Ketika pihak TV3 menawarkan saya untuk mengacarakan ASK 2012 pada April lalu, saya berasa bimbang kerana masih baru dalam bidang ini tetapi mereka tidak memberitahu mengenai tema pada tahun ini.

“Apabila mereka memaklumkan mengenai konsep anugerah, saya berasa agak lega kerana tugas saya nanti tidak hanya bertumpu pada pengacaraan malah membabitkan lakonan juga.

“Saya perlu bijak untuk mengadun kemahiran mengacara dengan konsep fantasi yang diangkat pada kali ini,”

– Neelofa

Kata Neelofa, mereka perlu menjalani sesi latihan selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 November depan sebagai persiapan mengacarakan malam anugerah itu.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, tema itu menjadi pilihan bagi mengembangkan imaginasi dan kreativiti produksi ASK 2012 dalam mempersembahkan konsep yang berbeza.

“Kami mahu mencabar kemampuan dan kreativiti untuk memaparkan sebuah konsep yang jauh daripada realiti. Ia seperti satu fantasi untuk ‘keluar’ seketika daripada realiti sebenar kehidupan.

“Pada awalnya, saya bimbang sejauh mana tema itu mampu dilaksanakan tetapi nampaknya berdasarkan gimik ringkas pada pelancaran tadi, saya percaya malam anugerah nanti akan berbeza,” katanya.

Semoga Anugerah Skrin kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kontroversi. Selamat maju jaya buat semua yang tercalon dan juga yang akan buat persembahan.

Budiey dikhabarkan, satu lagi sidang media akan dibuat untuk mengumumkan senarai persembahan dan juga calon top 5 Anugerah Skrin 2012.

Neelofa & Awal Ashaari
Neelofa & Awal Ashaari
Neelofa & Awal Ashaari
Neelofa & Awal Ashaari
Neelofa & Awal Ashaari
Neelofa & Awal Ashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Neelofa di Pelancaran Anugerah Skrin 2012

AirAsia Presents the AirAsia Grand Prix of Japan 2012