in ,

ND Lala Kecewa Dengan Sikap Sharnaaz Ahmad

Penyanyi yang juga ayah kepada Shila Amzah, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, 51 meluahkan rasa kecewa dengan sikap Sharnaaz Ahmad yang menyatakan tetap mahu merisik Shila Amzah pada bulan Mac ini biarpun dihalang oleh ND Lala.

Budiey ada baca luahan ND Lala yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini di mukasurat 16:

ND Lala Kecewa Dengan Sikap Sharnaaz Ahmad

“Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya.”

Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

Menurut ND Lala, dia tak pernah bercadang mengadakan majlis pertunangan atau mengahwinkan Sharnaaz dengan anaknya berikutan mahu penyanyi itu menumpukan perhatian pada karier dan perjalanan seni.

“Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila Amzah masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.”

Menurutnya, berikutan kenyataan Sharnaaz yang mengakui Shila bakal isterinya selain tetap menghantar rombongan merisik, dia dihujani pelbagai pertanyaan daripada rakan dan peminat.

“Sebetulnya, saya tak berminat dengan perkara mengarut ni dan berharap orang lupakann tapi bila mendiamkan diri, banyak kenyataan liar dikeluarkan di media dan internet.”

Kata ND Lala, kenyataan Sharnaaz Ahmad benar-benar menjejaskan nama baik keluarganya selain menganggu perjalanan seni anaknya.

“Tolong jangan biadab, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main melainkan kalau mereka mahu kahwin lari.”

Menurutnya, dia tak menolak jika jodoh antara Shila dan Sharnaaz, tapi belum sampai waktu untuk kedua-dua anak seni itu mendirikan rumahtangga.

Budiey rasa dalam perkara ini, Sharnaaz Ahmad perlu berbincang dengan baik terlebih dulu dengan ibu bapa Shila Amzah sebelum buat majlis merisik pada bulan Mac ini. Untuk perbetulkan keadaan yang Budiey kira agak genting ketika ini, kedua-dua belah pihak, Sharnaaz dan Shila perlu ada kata sepakat. Namun, melihat pada kenyataan ND Lala ini, dapat Budiey simpulkan, Shila Amzah tidak dibenarkan kahwin dalam masa setahun dua ini berikutan jadual karier Shila yang padat di Shanghai dan di Malaysia. Tapi, apa salahnya kalau majlis merisik tu diadakan, majlis merisik bukannya majlis nikah pun, kan?

Apa pendapat korang pula tentang hal ini? Boleh kongsikan di ruangan komen ya. Terima kasih

Shila Amzah Sharnaaz AIM19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki di Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-5

Nora Danish Nafi Gossip Bercinta Dengan Qi Razali