in , ,

Nazim Othman Belum Sedia Cari Pengganti Akui Masih Terkesan dengan Perkahwinan Bekas Isteri

Budiey sempat menemubual pelakon tampan tinggi bergaya, Nazim Othman di majlis pelancaran single Cerita Kita yang diadakan sehari selepas pernikahan Bella Dally.

Pelakon Nazim Othman mengakui dirinya masih lagi terkesan dengan perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally yang telah berlangsung pada hari Ahad lalu. Nazim berkata, dia pernah menyalahkan diri sendiri akibat kegagalan perkahwinannya dulu, namun kini dia sudah dapat menerima dengan hati terbuka.

“Secara jujurnya saya masih terkesan kerana gagal untuk menyelamatkan rumah tangga kami sampaikan ada rasa ralat dengan diri sendiri dulu.

“Sehinggakan saya pernah salahkan diri sendiri, tetapi semuanya dapat diatasi apabila saya memaafkan diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak setelah menyedari segala kesalahan adalah berpunca daripada diri saya,”

– Nazim Othman

Ujar Nazim, dia juga mendoakan kebahagiaan Bella yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arif Izuddin dan menyatakan pernah bertemu dengan suami kepada bekas isterinya. 

Dalam pada itu, biarpun bekas isterinya sudah kembali berumah tangga, buat masa ini dia masih belum lagi bersedia untuk menamatkan zaman dudanya.

Malah, Nazim juga mengakui sepanjang bergelar seorang duda, masih belum ada lagi mana-mana wanita yang cuba mendekati dirinya.

“Sekarang ini saya masih dalam fasa belum terbuka untuk mencari atau menerima pengganti. Saya perlu bagi sedikit masa untuk perbaiki diri terlebih dahulu,”

– Nazim Othman

Mengenai single terbaharu ciptaan Omar K dan Audi Mok itu pula, Nazim menjelaskan ia langsung tidak berkaitan dengan kisah dirinya dan bekas isteri.

Ujarnya, lagu berkenaan sudah siap dihasilkan sejak lebih setahun yang lalu, malah ketika Bella masih menjadi isterinya lagi.

“Saya nafikan kalau ada yang kata lagu ini berkaitan dengan kami. Malah, bekas isteri juga sudah pernah lagi ini dan dia turut memberikan pujian,”

– Nazim Othman

Semoga Nazim Othman tabah menjalani cabaran dan onak duri kehidupan ini. Teruskan berusaha untuk sukses.

Sumber: KopiPlanet.com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenali Spesis Haiwan Unik Dalam Dokumentari Wild 24

Isu FFM 30, Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura