in , , ,

Nazim Othman & Bella Dally Umum Bercerai di Hari Pertama Ramadan

KURANG dari dua tahun usia perkahwinan pasangan pelakon terkenal, Nazim Othman dan Bella Dally difahamkan kini sudah berakhir.

Berita mengejutkan industri hiburan hari ini disahkan dan dikongsi sendiri oleh Nazim Othman menerusi Instagram miliknya.

Bella Nazim Bercerai

Bella Nazim Bercerai

Bella Nazim Bercerai

“Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir,” tulisnya sebentar tadi.

Nazim dan mewakili Bella mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini telah mendoakan yang baik-baik buat rumah tangga mereka.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datangnya dariNya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

“Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang. Wassalam,” tulisnya mengakhiri luahan ini.

Nazim dan Bella, selamat diijabkabulkan pada 10 September 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Maembong Nafi Cuba ‘Tackle’ Syed Saddiq

Teddy Geiger Kini Seorang Wanita