in , ,

Nana Mahazan Hadiahkan Proton X70 Untuk Ibu Bapa Bukan Niat Untuk Menunjuk

Nana Mahazan berkongsi rasa gembira apabila dikurniakan rezeki menghadiahkan ibu dan bapanya sebuah kereta Proton X70 yang telah menjadi idaman mereka sejak sekian lama.

Nana Mahazan telah berkongsi ‘misi’ memberikan kejutan buat kedua-dua orang tuanya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Tujuan Nana Mahazan berkongsi kejutan memberikan hadiah kereta kepada ibu bapanya itu bukanlah atas niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya sekadar ingin menjadi pemangkin untuk orang lain berusaha menggembirakan hati orang tua mereka.

“Misi memberikan kejutan kepada mak dan abah semalam. Mak telah bercakap tentang kereta ini (Proton X70) sejak sekian lama lagi. Terima kasih bantu dapatkan kereta ini walaupun lima bulan juga menunggu sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur alhamdulillah.

“Niat berkongsi dengan semua bukan untuk menunjuk, jauh sekali riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha untuk menggembirakan ibu bapa kita. Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat,”

– Nana Mahazan

Nana juga berdoa supaya pengikutnya  yang menonton video tersebut dilimpahi rezeki dan diberikan kemampuan untuk menggembirakan hati ibu dan bapa masing-masing.

“Saya langsung tidak menjangkakan hadiah ini,” kata bapanya meluahkan rasa terharu dengan pemberian hadiah istimewa itu. 

Menerusi video yang dikongsikan, Nana dilihat telah memandu sendiri kereta Proton X70 berwarna putih dari Kuala Lumpur sebagai kejutan kepada ibu bapanya yang tinggal di Muar, Johor.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Menghormati ‘Amma’ & Kebijaksanaannya Sempena Deepavali Ini

REV Media Group Buka Peluang Bakat Baharu Sertai Pasukan Teknologi