in ,

Nak Menu Unik? Cuba Cara 13 Selebriti Dalam RESIPI MUSANG BERJANGGUT

Dengan konsep menghasilkan menu hanya menggunakan bahan dalam uncang khas disediakan, program masakan terbaharu “Resipi Musang Berjanggut” menonjolkan kelainan kepada penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ingin mencuba resipi ringkas tapi sedap.

Uniknya juga kerana menu atau resipi masakan pula dinamakan sempena watak dan dialog yang terdapat di dalam filem-filem P. Ramlee. Cef Naem selaku hos bersama-sama selebriti undangan terdiri daripada pelakon dan penyanyi popular berbeza setiap episod akan tampil dalam tiga segmen, iaitu segmen Jangan Pening, Mesti Boleh dan Ambik Kau. Di dalam segmen Jangan Pening, Cef Naem akan memasak menggunakan bahan di dalam uncang yang diberi oleh tetamu dan bagi segmen Mesti Boleh pula artis undangan akan memasak bahan yang dicampur didalam uncang yang disediakan oleh Cef Naem. Untuk segmen terakhir, Cef Naem dan tetamu dikehendaki memasak menggunakan bahan di dalam uncang yang dibawa oleh “Musang Berjanggut”.

Selebriti pertama yang dicuba bakatnya untuk memasak ialah pelakon Azar Azmi. Untuk segmen pertama, dengan menggunakan bahan di dalam uncang yang diberi oleh Azar, Cef Naim telah memasak Ayam Pandan Cikgu Murni dan untuk segmen berikutnya Azar Azmi telah memasak resepi Roti Dulang Berdengung, menggunakan bahan dari uncang Cef. Bagi segmen Ambik Kau pula, iaitu menggunakan bahan dari uncang yang dibawa oleh “Musang Berjanggut”, Cef dan tetamu telah memasak resepi Bebola Kepal Kecepos.

Dalam episod dua Cef Naem mengetengahkan kebolehan di dapur Syafiq Farhain. Resipi disediakan episod ini adalah Popcorn Ayam Combi, Ikan Bakar 69 dan Bebola Coklat Tuah. Seterusnya bersama-sama pelakon Taufik Hanafi, bekas graduan Aswara memasak Kepah Lemak Gelora, Roti Abang Kasim sejenis pemanis mulut iaitu Kolak Panca Delima. 

Peminat Adira Suhaimi dapat menyaksikan kemahiran di dapur penyanyi kecil molek ini menyediakan menu Cucur 5 Abdul, Mentega Istimewa Isketambola dan kuih Ketayap Ibu Mertuaku. Seterusnya Cef Naem bersama-sama tetamu seorang penyanyi dari rancangan Akademi Fantasia iaitu Idayu menghasilkan menu Rojak Jalan Dah, Ayam Serai Ajis dan Keledek Jula Juli.

Program ini berikutnya menjemput seorang pelakon dari Singapura iaitu Iswan Ismail memasak Bebola Aci Aci, Ungkep Ayam Ramlee dan sejenis minuman yang diberi nama Rasa Rahsia Re. Ketahui bakat terpendam pelakon yang semakin dikenali ramai Jasper Supayah, seorang penyanyi dan pelakon berketurunan India yang turut ke dapur menyediakan masakan Pucuk Ubi Albab, Udang Batu Belah dan resepi istimewa iaitu Roti Dua Darjat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Amalina iaitu Santesh menggunakan kreativitinya untuk memasak Kerabu Laksa 20 sen, Tom Yam Ani, dan bergabung dengan Cef Naem  menghasilkan Popiah Nora. Diikuti pelakon Aprena Manrose, menunjukkan cara memasak Ikan Cencaru Matakaji, Rojak Sabarudin dan Bubur Cik Salmah.

Selebriti lain yang turut berkongsi resipi unik mereka termasuklah pelakon Syazwan Zulkifli, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, dan Nazeera Sardi. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

64 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kejutan Selebriti Raikan Pengantin Dalam TERKEJUT TAK?

Glenn Fredly Selamat Disemadi, Ini Yang Berlaku Semasa Pengkebumian