in ,

Najwa Latif Jadi Mentor Dalam KECAPI IMPIANKU

Setiap wanita muda yang memakai hijab mempunyai impian seperti wanita lain – cita-cita untuk dicapai dan kisah untuk diceritakan. Sunsilk sentiasa komited untuk memperkasakan wanita berhijab supaya mencapai impian dan berkongsi kisah mereka. Tahun ini, Sunsilk bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan platform kepada wanita berhijab, yang bercita-cita untuk merealisasikan impian mereka melalui kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.

Banyak cerita yang unik dan berinspirasi tentang wanita berhijab yang masih belum diceritakan. Dengan kempen ini, Sunsilk mengambil langkah ke hadapan dalam berkongsi kisah kejayaan tiga model peranan – penyanyi Najwa Latif, pengarah Melissa Saila dan wartawan penyiaran Khairunnisa Kasnoon – untuk memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab agar membantu membimbing mereka ke arah yang betul. Setiap model peranan akan membimbing seorang anak didik muda untuk dimentor dalam industri masing-masing.

Najwa Latif Jadi Mentor Dalam Kecapi Impianku

Kerjasama dengan Astro ini akan menampilkan tiga orang wanita berhijab untuk memulakan perjalanan yang mengubah hidup ini – satu untuk setiap mentor, Najwa, Melissa dan Khairunnisa, untuk membimbing mereka dalam industri masing-masing, iaitu muzik, filem dan wartawan penyiaran. Calon-calon mesti menunjukkan kesungguhan mereka dalam mencapai cita-cita dalam bidang muzik, filem atau kewartawanan. Ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing; sebaliknya mereka akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.

Perjalanan anak didik muda ini bersama mentor mereka akan didokumenkan dalam siri episod pendek. Episod-episod akan menunjukkan pengalaman calon belajar daripada Najwa, Melissa dan Khairunnisa, disamping menceritakan kisah calon-calon ini yang diperkasakan untuk mencapai impian mereka. Siri ini akan mengandungi 10 episod yang akan ditayangkan di Astro hlive! dan dimuat naik ke laman web Astro Gempak. Episod Kecapi Impianku Bersama Sunsilk akan disiarkan sebagai segmen khas lima minit di hlive! setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam bermula 14 Oktober, 2015, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501).

“Sebagai seorang wanita muda yang ingin mengejar impian dan mencapainya, terdapat dua perkara yang diperlukan – peluang untuk megejar impian dan rambut yang cantik. Inilah merupakan sebab di sebalik kempen kami. Sunsilk sentiasa bekerja untuk memperkasakan para gadis berhijab, dan kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk, digandingkan dengan Sunsilk Lively Clean & Fresh, rangkaian penjagaan rambut kami dibuat khusus untuk wanita berhijab, kami ingin memberi wanita-wanita muda ini peluang untuk merealisasikan cita-cita mereka dan keyakinan untuk merebut peluang itu,” kata Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama, Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Terdapat perhubungan antara penampilan luar dan keyakinan dalaman bagi wanita. Keyakinan daripada rambut yang cantik boleh memperkasakan seseorang wanita. Sejurus itu, keyakinan yang daripada kulit kepala yang bersih dan segar, boleh memperkasakan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita berhijab. Dalam memahami keperluan ini, Sunsilk mencipta Lively Clean & Fresh bersama Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala. Diperkaya dengan Vitamin Citrus ComplexTM, varian ini membersihkan sebum kulit kepala berlebihan, dan menyegarkan kulit kepala hanya dengan satu basuhan.

Tahun ini, Sunsilk Lively Clean & Fresh direka dengan wangian yang lebih bertahan lama, dengan ekstrak limau dan wangian limau baharu. Ia kini mempunyai aroma yang lebih kuat dan tahan lama, direka untuk memberikan wanita berhijab kulit kepala yang bersih dan segar yang membolehkan mereka berasa selesa sepanjang hari, bebas untuk mengejar impian mereka.

“Di Astro, kami sentiasa mendengar pandangan penonton yang sentiasa mencari program yang terbaik melalui pelbagai saluran kami. Ini selaras dengan komitmen kami untuk memberikan pengalaman menonton televisyen yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Kami akui kebangkitan lebih ramai pemakai tudung yang berjaya telah melalui pelbagai pengalaman dalam mencapai impian mereka. Melalui cerita-cerita kejayaan pemakai tudung yang mencetus inspirasi, kami berharap untuk memberi motivasi kepada wanita muda lain yang bercita-cita untuk tabah dalam perjalanan mereka untuk merealisasikan impian mereka sendiri. Astro berbangga untuk bekerjasama dengan Sunsilk dalam kempen ini dan menyediakan wanita muda dengan sumber-sumber untuk memulakan perjalanan mereka ke arah kejayaan.

Kami positif bahawa Kecapi Impianku Bersama Sunsilk akan menerima maklum balas yang baik kerana kandungannya penuh inspirasi dan sesuatu yang orang boleh kaitkan dengannya,” kata Raqim Ahmad.

Pengurus Saluran Astro Ria
Dengan keyakinan yang datang daripada rasa kulit kepala yang bersih dan segar, gadis berhijab yang berbakat kini boleh merebut peluang untuk mengambil langkah pertama mereka ke dalam industri pilihan mereka – sama ada muzik, filem atau kewartawanan. Jenama ini sedang mencari wanita muda berhijab berumur 18 hingga 29 tahun, yang bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik, filem atau kewartawanan. Panggilan untuk penyertaan Kecapi Impianku Bersama Sunsilk dibuka pada 11 Ogos 2015, dan akan ditutup pada 6 September 2015. Penyertaan boleh dihantar melalui laman web Astro Gempak. Penyertaan juga akan diterima sepanjang siri jelajah Kecapi Impianku Bersama Sunsilk. Akan terdapat dua acara rekrutmen, di mana wanita muda berhijab boleh menemui mentor-mentor yang turut serta:

1. Setia City Mall pada 22 Ogos 2015, 05:00 ptg – 6:00 ptg
2. Putrajaya Allamanda Mall pada 29 Ogos 2015, 05:00 ptg – 6:00 ptg

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk.

Mengenai Sunsilk
Sunsilk merupakan jenama penjagaan rambut terkemuka dari Unilever, yang dijual di lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan catatan jualan sebanyak US$1 bilion. Sunsilk merupakan jenama terkemuka di pasaran penjagaan rambut Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual di bawah jenama Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk merupakan peneraju pasaran dengan lebih 20% bahagian pasaran.

Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd.
Astro Malaysia Holdings Berhad merupakan kumpulan kandungan dan pengguna terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara dengan fokus terhadap menonton, mendengar, membaca dan membeli belah.

Dengan pangkalan pelanggan seramai 4.5 juta pelanggan kediaman atau penembusan kira-kira 64% daripada isi rumah TV Malaysia, Astro menawarkan 184 saluran TV, termasuk 50 saluran HD, yang dihantar melalui TV satelit Terus-Ke-Rumah, platform IPTV dan OTT. Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro on the Go. Memenuhi janji untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro NJOI diperkenalkan sebagai perkhidmatan TV satelit DTH peringkat kemasukan dan menjadi TV satelit tanpa langganan yang pertama di Malaysia, yang menawarkan 26 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio termasuk stesen yang menerima penarafan populariti tertinggi Malaysia merentasi bahasa-bahasa utama dan boleh didapati di kedua-dua saluran daratan dan digital, membabitkan kira-kira 12.6 juta pendengar setiap minggu. Cabang digital syarikat terlibat dalam penerbitan, aplikasi dan platform digital serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Astro merupakan penerima anugerah ‘Emas’ dalam kategori Media dan Hiburan bagi Anugerah Jenama Putra selama 5 tahun berturut-turut dari 2010 hingga 2014, termasuk anugerah ‘Jenama Terbaik’ pada tahun 2012 dan anugerah ‘Jenama Ikon’ pada tahun 2013.

Projek CSR Astro CSR telah diiktiraf oleh Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBA) bagi tahun ketiga berturut-turut. Astro telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Silver Stevie bagi IBA 2014 dalam kategori Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik (Asia, Australia dan New Zealand) untuk projek ‘Astro Kasih Hostel dan EkoVillage’. Pada tahun 2013 dan 2012, projek ‘Beautiful Malaysia: Longest Underwater Clean Up’ Astro dan projek ‘Astro Kasih Hostel’ masing-masing telah menggondol Anugerah Silver Stevie®.

Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan kepada usaha Astro untuk menjadi contoh dalam tanggungjawab sosial.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kisah Gadis Kejar Cinta Dalam Filem OHM SHANTI OSHAANA

Tiket Flight Serendah RM28 Sehala Sempena Merdeka 2015