in

Tiket Flight Serendah RM28 Sehala Sempena Merdeka 2015

AirAsia menyambut Merdeka dengan tambang bermula dari RM29* sehala! Tempah dari 24 hingga 30 Ogos di airasia.com ke destinasi domestik dan antarabangsa

AirAsia Berhad, syarikat penerbangan tambang rendah kelahiran Malaysia, dan yang terbaik di dunia menyambut Merdeka dengan menawarkan tambang termasuk semua ke destinasi domestik, Asean dan lebih jauh lagi bermula dari serendah RM29* sehala.

Bagi yang merancang untuk meneroka Malaysia, penerbangan ke Pulau Pinang, Terengganu, Alor Setar dan Kota Bahru dari Kuala Lumpur bermula dari RM29* sehala termasuk semua; sementara penerbangan ke Kuching hanya bermula dari RM 89* sehala.

Para tetamu AirAsia juga boleh memilih untuk ke destinasi antarabangsa seperti laluan unik terbaru AirAsia ke Pattaya, Thailand dari RM109*, Goa, India dari RM199* dan Maldives dari RM299*, selain pelbagai bandar lain di serata Asean dan lebih jauh lagi.

Tambang promosi ini boleh ditempah dari 24 ke 30 Ogos 2015 bagi tempoh perjalanan dari 1 Februari hingga 26 Mei 2016, tersedia di airasia.com begitu juga di aplikasi mudah alih bagi iPhone dan peranti Android dan juga laman mudah alih mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata,

“Kami ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Merdeka’ kepada semua rakyat Malaysia, kami berbangga menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia dengan model bisnes tambang rendah kami yang telah merealisasikan impian ramai masyarakat Malaysia untuk terbang pada harga yang berpatutan. Kami juga telah menyediakan jaringan perhubungan bagi jutaan mereka untuk meneroka Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, selain menyediakan jaringan perhubungan terluas di rantau ini. Kami berharap tetamu kami dapat menikmati tambang sambutan Merdeka ini bermula dari serendah RM 29* sehala dan mengambil peluang ini untuk merancang pelancongan mereka ke destinasi domestik dan antarabangsa.”

AirAsia baru-baru ini telah di pilih sebagai Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik oleh Smart Travel Asia 2015 Terbaik dalam undian pelancongan bagi tahun ke 8 berturut-turut! Undian pelancongan dipilih oleh pembaca Smart Travel Asia yang melebihi 1 juta pembaca dengan sekurang-kurangnya 12 penerbangan dalam tempoh 12 bulan yang lepas semasa mengundi. Smart Travel Asia adalah majalah pelancongan atas talian dengan lebih dari 1 juta pembaca dari seluruh dunia.

AirAsia juga ingin mengingatkan kesemua tetamunya mengenai polisi bagasi kabin di mana setiap penumpang di beri SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas). Tetamu digalakkan untuk pra-tempah bagasi untuk penjimatan lebih dari 88%! Guna fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com bagi menambah lebih banyak jumlah bagasi sehingga 4jam sebelum dari waktu berlepas yang telah dijadualkan bagi mengelakkan bagasi berlebih semasa di lapangan terbang.

Terus ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

*tambang promosi termasuk semua yang disebut adalah baginpenerbangan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Jadi Mentor Dalam KECAPI IMPIANKU

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton THE INTERN