in , ,

Menyanyi Terbalik di AJL, Naim Daniel Diiktiraf Malaysia Book of Records 

Persembahan ‘outstanding’ Naim Daniel yang menyanyi secara tergantung menerusi lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR). Tahniah Naim!

Selepas menjayakan Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) dengan persembahan lagu Mainan, Naim Daniel memberikan kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia dan merupakan penyanyi pertama yang bernyanyi secara terbalik secara langsung di kaca televisyen. 

Naim Daniel Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Menyanyi Secara Terbalik

“Sebelum melakukan persembahan terbalik ini, Naim dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor mengenai persembahan yang akan dilakukan dan bagaimana teknik pernafasan semasa berada di atas.

Naim juga ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa jangan melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional,” 

– Naim Daniel

Naim Daniel menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan terharu kerana persembahan tersebut telah diiktiraf oleh sebuah badan yang tinggi di Malaysia serta berjaya mencipta satu rekod baharu di dalam seni persembahan.

Naim Daniel Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Menyanyi Secara Terbalik

Tujuan utama saya adalah untuk menghasilkan sebuah persembahan yang akan diingati dan Alhamdulillah ia benar-benar menjadi sebuah persembahan yang diingati dan diiktiraf.

– Naim Daniel

Naim yang ditemani ibu bapanya ketika menerima pengiktirafan tersebut berkata, ini adalah satu penanda aras yang baharu bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk persembahan-persembahan yang lain.

Persembahan sebegini kalau ada yang lakukan pada masa akan datang, orang akan kata Naim Daniel dah pernah buat.

Saya akan sentiasa datang dengan pelbagai idea ‘menyusahkan diri’, tapi saya juga bersedia dengan pelbagai persiapan, team serta konsep yang amat baik. Pada saya untuk menjadi seorang anak seni kita mestilah berani mencuba.

– Naim Daniel
Naim Daniel Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Menyanyi Secara Terbalik

Inspirasi dari Sudirman

Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini juga berkongsi bahawa persembahannya yang di luar jangkaan itu adalah inspirasi dari lagenda Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Saya pinjam semangat Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Iaitu bagaimana beliau boleh datang dengan pelbagai idea persembahan yang menarik dan diingati.

– Naim daniel
Naim Daniel Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Menyanyi Secara Terbalik

Penyanyi dan pelakon ini juga berkata, ketika melakukan persembahan tersebut dia tidak mengalami sebarang tekanan.

Saya tak rasa tertekan. Persembahan Mainan ini pun memang sebuah persembahan yang saya ‘enjoy’, walaupun pada awalnya ramai yang agak terkejut dengan idea ini.

Tapi persembahan seperti ini hanya sekali seumur hidup sahaja boleh buat.

– Naim Daniel

Tegas Naim, sebelum melakukan persembahan tergantung ini, dia dan pihak pengurusan telah berbincang bersama produksi AJL37 dan juga telah mendapat nasihat doktor tentang teknik pernafasan.

World Peace Entertainment (WPE) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Malaysia Book Of Records, produksi AJL37, penulis lirik, komposer, pereka fesyen, radio dan media yang sentiasa memberikan sokongan kepada Naim Daniel sepanjang kariernya daripada mula sehinggalah kini. WPE juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. 

Tahniah Naim Daniel!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MELINDA LOOI AINA ABDUL

Kolaborasi Melinda Ooi & Aina Abdul Lancar Koleksi Raya Pertama MEL-Riah

KSL Esplanade Hotel

Mercu Tanda Tertinggi di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Tetamu