in , ,

Mercu Tanda Tertinggi di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Tetamu

Pada Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis perasmian dan pembukaan KSL Esplanade Hotel cawangan Klang milik KSL Holdings Berhad.

Seiring memulakan operasi, Pengarahnya iaitu Khoo Kheng Ghiap dalam ucapannya amat mengalu-alukan kedatangan para tetamu untuk menikmati fasiliti kelas sederhana yang mereka tawarkan.

Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu

“Kami sengaja bina hotel ini di kawasan yang sedang membangun iaitu Bandar Bestari Klang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Klang.

“Biarpun sedikit jauh dari bandar, namun kedudukan hotel ini sangat strategik bagi memenuhi keperluan sewajarnya di untuk penduduk sekitar.

“Kalau kami bina di bandar, di sana sudah terdapat banyak pilihan hotel dan secara tidak langsung, saingannya sengit.

“Di sini kami boleh dikatakan pelopor atau syarikat terawal yang menawarkan perkhidmatan sebegini tanpa adanya persaingan lain,”

– Kheng Ghiap
Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu
(Dari kiri) Pengurus Sumber Manusia, Kee Ooi Nin, Kheng Ghiap dan Penolong Pengurus Operasi, Jeff Gan.

Sebagai struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.

Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu

Selain itu, turut menjadi kebanggaan mereka ialah Sora Skybar yang terletak di tingkat paling atas, sekali gus menawarkan pemandangan panorama bandar Klang.

Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu

Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.

Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu

Menepati status hotel bertaraf empat bintang, KSL Esplanade Hotel juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain yang serba moden dan terkini.

Mercu Tanda Tertinggi Di Klang, KSL Esplanade Hotel Sedia Sambut Kehadiran Tetamu

Untuk merasai pengalaman unik dan istimewa, bakal tetamu boleh membuat tempahan melalui alamat e-mel yakni [email protected] atau menghubungi talian 03-30002288 atau terus saja melayari laman sesawang rasmi mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menyanyi Terbalik di AJL, Naim Daniel Diiktiraf Malaysia Book of Records 

AWAL ASHAARI

Awal Ashaari Buka The Great Coffee Club di Shah Alam, Lepak & Healing