in , ,

Naim Daniel Kemalangan, Hilang Kawalan Selepas Langgar Divider Semasa Nak Pergi Kerja

PENYANYI Naim Daniel berdepan situasi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira pukul 12 tengah hari, Khamis.

Penyanyi Naim Daniel, 23 tahun, berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, hari ini.

Menurut Naim, kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Naim menerima rawatan sebab cedera ringan di rahang dan gusi.

“Naim dan kakak dalam perjalanan nak pergi kerja untuk rakaman di Sri Pentas, tiba-tiba terlanggar divider dan dan keadaan agak cemas.

“Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit nak bercakap pun agak sukar sementara menunggu kereta kena towing.

– Naim Daniel
Naim Daniel Kemalangan, Hilang Kawalan Selepas Langgar Divider Semasa Nak Pergi Kerja
Naim berkongsi insiden kemalangan di Instagram.

Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit nak bercakap.

– NAIM DANIEL

Tambah Naim situasi semakin cemas apabila dia cuba mengelak kereta dari arah belakang hingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Biarpun kereta miliknya itu mengalami kerosakan di bahagian depan, namun Naim bersyukur kerana dia dan kakaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sementara itu, penyanyi lagu Sembah ini berkata, dia tidak dapat meneruskan rakaman program berikutan mahu menyelesaikan urusan kemalangan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog Segalanya Yang Ada Di Malaysia Dalam PROJEK BUSKING

Adik Dedah Neelofa Akan Menangis Setiap Kali Dapat B Dalam Mata Pelajaran