in , ,

Nafi Bergaduh, Billy Kini Bergerak Solo dengan Melancarkan Single CINTA

Penyanyi Billy yang sebelum ini sinonim dengan duo Billy Zulkarnain kini tampil solo mempertaruhkan single pertamanya berjudul Cinta.

Meskipun mempunyai kerjaya tetap, namun itu tidak menghalang Billy atau nama sebenarnya Sheikh Ahmad Rabily bin Sheikh Abdul Rahman untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Nine Beri Sokongan Penuh 

Menolak dakwaan mempunyai masalah dengan Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Nine, menurut Billy rakannya itu kini terikat dengan komitmen lain dan turut memberi sokongan penuh ketika dia menyuarakan hasrat untuk bergerak sendiri. 

Bagaimanapun, jelas bekas ahli anggota kumpulan Phyne Ballerz ini duo mereka hanya berehat untuk seketika dan tidak tolak kemungkinan akan muncul kembali pada suatu hari nanti.

“Kami tidak mempunyai masalah apa-apa malah dia memberikan sokongan penuh untuk single ini”

“Untuk tampil solo, tidak janggal malah dalam Phyne Ballerz sebelum ini pun hanya saya dan Nine yang jadi lead singer jadi sudah terbiasa. 

Saya punya kehidupan kini pun sebenarnya jarang untuk bersosial dengan rakan-rakan yang lain kerana masa saya agak terhad. Jadi saya selesa untuk bergerak solo dan okay dengannya” 

– Billy
Nafi Bergaduh, Billy Kini Bergerak Solo dengan Melancarkan Single CINTA

Bercakap mengenai lagu ini, jelas Billy ianya merupakan hasil karyanya tersendiri dan idea untuk menghasilkan lagu tercetus ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Bernaung di bawah labelnya sendiri menariknya mengenai lagu Cinta, video muzik lagu ini telah diarahkan oleh Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikahi Seorang Pelakon Bernama Mira Filzah, Ini Pesanan Ibu Wan Emir Astar

AG, Haiza & Muaz Makin Matang di Radio Kool FM