in , ,

Nadeera Zaini Bergabung Hasilkan Lirik PANAH Bersama Fedtri Yahya

Nadeera Zaini, juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim Ke 2 kini lahir dengan single terbaharu berjudul “Panah” dan akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021.

Ini merupakan single keempat buat Nadeera dan gubahan lirik adalah daripada Fedtri Yahya dan dirinya sendiri serta sentuhan komposer terkenal tanah air iaitu Sharon Paul. 

Nadeera Zaini memulakan langkah pertama beliau dalam industri muzik dan hiburan ini melalui rancangan realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim ke 2 (2012) dan menyertai Mentor Legend pada tahun 2014, beliau merupakan protégé kepada Datuk Zainal Abidin.

Atas usaha keras dan semangat yang tidak pernah berputus asa, nasib kian menyebelahi beliau apabila berjaya mara ke final dan menang dalam rancangan realiti TV Lagu Cinta Kita Musim ke 2 dengan pasangan duet beliau, Khareez Kasbullah. 

Nadeera Zaini Bergabung Hasilkan Lirik Panah Bersama Fedtri Yahya

Seperti yang dikatakan oleh Colin Powell, “Tidak ada rahsia untuk berjaya. Ini adalah hasil dari usaha kerja keras dan belajar dari kegagalan.” Lagu Panah akhirnya terpilih menjadi salah satu OST untuk drama “Kisah Cinta Kita” hasil karya A.Aida Production untuk slot Akasia (TV3) menjelang bulan November 2021 ini.

Panah mengisahkan tentang seorang gadis dipermainkan oleh teman lelakinya dan membuatkannya patah hati! Bak kata pepatah, cinta sejati dilihat dalam tindakan bukan hanya melalui kata-kata. Oleh itu dalam korus tersebut menyatakan bahawa dia menyedari itu adalah cinta palsu dan tidak mahu terus hanyut dalam jerat percintaan lagi.

Nadeera Zaini Bergabung Hasilkan Lirik Panah Bersama Fedtri Yahya

Panah edaran Werkit Records dan Alternate Records ini akan dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 1 Oktober ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music. Lirik Video Rasmi Panah  juga boleh di tonton di laman Youtube Alternate Records & Talents. 

Nadeera Zaini Bergabung Hasilkan Lirik Panah Bersama Fedtri Yahya

Penyanyi        : Nadeera 

Komposer      : Sharon Paul 

Lirik           : Nadeera & Fedtri Yahya

Label              : Werkit Records & Alternate Records & Talents

VERSE 1

Aku yang disiksa cinta

Sakit tak terkata bagaikan dipanah

Bisa yang kau cipta

Ku tanggung semua

Berartikah cinta kita

*PRE-CHORUS

Apakah masih menyala

Api cinta kita yang lalu

*CHORUS

Bisiklah apa yang ku perlu tahu

Agar ku mengerti kamu

Menanti kamu semakin lumpuh

Kemanakah mimpi cinta

Kau

Cuma hanya sandiwara

Tanpa ada cinta pada ku

AKu tak ingin terus tenggelam

Dalam permainan kepalsuan

*BRIDGE

Aku

Tak mudah untuk terus berlalu

Kerna helah aku disini terjatuh rindu

Terisinya namamu

*PRE-CHORUS

Apakah masih menyala

Api cinta kita yang lalu

*CHORUS

Bisiklah apa yang ku perlu tahu

Agar ku mengerti kamu

Menanti mu  ku semakin lumpuh

Kemanakah mimpi cinta kita

Kau

Cuma hanya sandiwara

Tanpa ada cinta pada ku

Aku tak ingin terus tenggelam

Dalam permainan kepalsuan

Aku tak ingin terus tenggelam

Ku tak mungkin ohh

Kemanakah mimpi cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix | 21

Netflix Disaman Gara-Gara Terlampau Ramai Yang Menonton SQUID GAME

Gadgetmodel Hiasan | 22

YouTube Akan Bertindak Lebih Keras Terhadap Kandungan Anti Vaksin