in ,

Nad Zainal & Azwan Kombos Hadiri Kursus Kahwin

nad zainal

Pelakon Azwan Kombos, 29, mengesahkan telah menghadiri kursus asas perkahwinan bersama kekasihnya aktres Nad Zainal, 24, pada Sabtu dan Ahad lalu. Bagaimanapun, Azwan menafikan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Ya, kami ada menghadiri kursus kahwin pada minggu lalu di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Bagi saya ambil kursus perkahwinan ini macam ambil lesen, kita boleh ambil bila-bila walaupun belum ada tarikh atau perancangan sekalipun.”

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar-gambarnya bersama Nad Zainal ketika menghadiri kursus kahwin yang tersebar di Internet. Sementara itu, Azwan berkata, mereka merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.

“Buat masa ini kami ingin fokus dalam kerjaya dan kumpul duit terlebih dahulu. Insya-Allah kalau tak ada halangan dalam masa dua tahun lagi (akan kahwin). Jodoh Allah yang tentukan, kalau boleh saya pun ingin perkara ini berlaku lebih awal.”

Wah, kalau korang jadi kahwin, jangan lupa jemput Budiey ya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengarah Tersohor Syamsul Yusof Masuk Wad

Selebriti Popular Mahu Libas di Perlawanan Sepak Takraw