in , , ,

Betul Ke Nad Zainal & Azwan Kombos Putus Cinta?

nad zainal

Pelakon Azwan Kombos mengakui terkejut dengan kenyataan kekasihnya iaitu Nad Zainal dalam sebuah program hiburan pada Ahad lalu kononnya status percintaan mereka yang sudah berakhir. Betul ke korang dah putus? Menurut Azwan, Nad Zainal seharusnya bertindak secara rasional dengan membincangkan perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada umum.

nad-zainal

“Saya mengaku hubungan kami ada masalah beberapa hari ini kerana dia bersikap dingin secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila dia beri kenyataan di Melodi (TV3) dengan mengatakan hubungan kami sudah berakhir, walhal saya sendiri tidak tahu tentang itu. Saya ada meminta dia untuk bertemu dan berbincang beberapa kali namun dia menolak dengan alasan terlalu sibuk dengan penggambaran.”

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Nad Zainal dalam satu rancangan hiburan pada Ahad tentang hubungan percintaan mereka sudah berakhir. Laporan tersebut juga memberitahu bahawa pelakon lelaki tersebut menganggunya di lokasi penggambaran.

Azwan meminta agar Nad Zainal berfikir secara matang dan tampil menyelesaikan hal tersebut secara baik.

“Rabu lalu kami masih keluar bersama dan hubungan seperti biasa, sementara dakwaan saya ke lokasi penggambaran bukan ingin menganggu sebaliknya perkara itu atas permintaan dia. Sejujurnya saya sendiri tidak faham dengan keadaan ini dan mengapa dia berubah secara tiba-tiba atau mungkin juga ada orang ketiga dalam hubungan ini.”

Azwan berkata, disebabkan perkara tersebut juga, dia dihubungi oleh keluarga wanita itu yang mahukan penjelasan.

Dalam pada itu, Azwan meminta agar Nad Zainal berfikir secara matang dan tampil menyelesaikan hal tersebut secara baik.

“Kalau betul pun dia ingin memutuskan hubungan ini dia seharusnya berjumpa saya dan berbincang dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di khalayak tanpa pengetahuan saya. Perkara ini akan menjadi lebih rumit jika dia mengambil sikap melarikan diri manakala orang ramai termasuk keluarga kedua-dua pihak menghubungi saya untuk cari penjelasan.”

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan baharu sahaja menghadiri kursus perkahwinan pada Mac lalu.

Nad Zainal Tampil Beri Penjelasan

Sementara itu, dalam sebuah portal, pelakon Nad Zainal menegaskan hubungan cintanya yang sudah berakhir dengan Azwan Kombos bukan disebabkan pihak ketiga sebaliknya berpunca daripada masalah di antara mereka sendiri.  Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, hubungan mereka retak juga bukan kerana cinta lokasinya dengan Hefny Sahad ketika berlakon telefilem Mengintai Syurga Mama pada April lalu seperti mana diperkatakan orang.

“Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri. Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain.”

Nad diminta mengulas mengenai keretakan hubungan cintanya dengan Azwan, 29, yang kononnya berpunca daripada pihak ketiga iaitu Hefny. Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production. Hefny juga merupakan personaliti televisyen yang bertugas sebagai wartawan penyiaran Astro Awani.

Azwan menerusi laporan mStar Online Isnin lalu terkejut dengan kenyataan Nad sedangkan dia menganggap hubungan mereka masih baik seperti biasa. 

eh54


Sementara itu, Hefny yang dihubungi mStar Online pula terkejut apabila dikatakan menjadi punca perhubungan cinta Nad dan Azwan putus. Katanya, hubungan pasangan itu putus sebelum dia dan Nad menjalani penggambaran drama berkenaan.

“Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka. Diakui saya dan Nad mula akrab sejak berlakon bersama. Dia banyak meluahkan masalah peribadinya kepada saya. Dan saya tahu sebab apa mereka putus. Tetapi terus terang saya katakan, saya bukanlah punca putusnya hubungan mereka itu.”

Sumber: Melodi & Mstar

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Masihkah Ada Cinta

Aziz Sattar Selamat Dikebumikan