in ,

Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Nikah Dengan Mohd Izwan

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Nabila Huda, 31, selamat bergelar isteri kepada Mohd. Izwan Johar di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Nabila dinikahkan bapanya yang juga penyanyi kumpulan Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman sambil disaksikan jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Khairuddin Haiyon.

Pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana itu, Nabila turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada Izwan yang juga seorang pengurus restoran.

Resepsi kedua-dua mempelai ini akan diadakan esok di Seksyen 19, Shah Alam.

Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah tiga tahun kemudian kerana tidak lagi bersefahaman.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Nabila Huda Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Simfoni Alam Konservasi Gajah

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Program CITRA WANITA