in ,

Nabil Ahmad Teruja Jadi Hos HBO SENTRAL

Selepas dua musim melibatkan penonton HBO dengan setia, HBO SENTRAL memulakan musim ketiga pada hari Ahad 24 April jam 4 petang di HBO (Astro saluran 411 / 431) dengan pendekatan dinamik yang baru untuk memastikan para penonton terus dimaklumkan tentang hiburan TV terbaik yang disediakan.

Hbo Sentral Musim Ke-3 - Hos Nabil Ahmad 03

Nabil Ahmad kembali untuk menjadi hos musim ketiga HBO SENTRAL selepas menjayakan musim yang lepas. Diperkenalkan pada tahun 2014, program bulanan dalam Bahasa Malaysia ini direka semata-mata untuk berinteraksi dengan penonton Malaysia. Ia berfungsi sebagai panduan lengkap kepada penonton tentang barisan hiburan terkini ditawarkan oleh saluran-saluran HBO, iaitu HBO dan Cinemax.

HBO SENTRAL Kembali Untuk Musim Ketiga

[dropcap]P[/dropcap]ara penonton Malaysia akan menyambut wajah segar yang baru untuk rancangan ini, gaya menyampaikan informasi Nabil yang menawan tentang tawaran-tawaran yang menarik, serta peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menyeronokkan. Tahun ini, penonton HBO SENTRAL boleh menjangka untuk terpesona dengan HBO Sentral Movie Challenge yang berdasarkan tema filem setiap bulan dan menjemput penyertaan orang ramai. Jadi bukan sahaja penyerta dapat menjadi sebahagian daripada program ini, mereka juga akan dapat detik kemasyhuran apabila mereka muncul di rancangan ini di HBO!

Selain idea interaksi dengan orang ramai, rancangan ini juga akan menampilkan beberapa selebriti Malaysia untuk bercakap tentang filem-filem baru yang akan ditayangkan setiap bulan. Para peminat boleh menantikan kemunculan artis seperti Faizal Ismail, Syafiq Kyle, Sabhi Saddi, Akhmal Nazri dan Dafi bila memberi ulasan tentang filem-filem kegemaran mereka di HBO.

Nabil Ahmad menerajui musim ini, dan dengan penampilan oleh tetamu selebriti

Dengan HBO SENTRAL, para penonton diberi gambaran seimbas kandungan di saluran-saluran HBO setiap bulan, seperti blokbuster Hollywood dan produksi HBO Original yang telah menang pelbagai anugerah.

[pullquote align=”right”]Tidak lama lagi, siri yang paling banyak ditonton dalam sejarah HBO dan fenomena TV di seluruh dunia, GAME OF THRONES (#GameofThrones) akan ke udara.[/pullquote]

Musim keenam dengan sepuluh episod (#GoTSeason6) akan bermula di Asia pada waktu yang sama dengan A.S. – secara eksklusif di HBO (Astro saluran 411 / 431) pada 25 April jam 9 pagi, dengan waktu ulangan pada hari yang sama jam 9 malam. Siri ini juga boleh didapati di Astro On The Go.

Untuk maklumat lanjut tentang HBO SENTRAL, sila kunjungi www.astrocircle.com.my.

Saksikan Nabil Ahmad dalam episod pertama HBO SENTRAL musim ketiga apabila ia bermula pada hari Ahad, 24 April jam 4 petang di HBO (Astro saluran 411 / 431). Tonton setiap 12 episod musim ini apabila ia muncul pada kali pertama setiap hari Ahad terakhir bulan tersebut.

Hbo Sentral Musim Ke-3 - Akhmal Nazri, Faizal Ismail, Nabil Ahmad, Syafiq Kyle, Sabhi Saddi, Dafi 02

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lawak Papi Zak & Harith Iskandar Tentang Isu Mati Pucuk

Samsung Galaxy S7& S7 edge Kini Dijual di Malaysia