in ,

Nabil Ahmad Dikecam Netizen Sindir Fattah Tak Boleh Berjemur

Trending semalam, gurauan Nabil Ahmad terhadap Fattah Amin memakan diri apabila dia menjadi sasaran kemarahan peminat pelakon sensasi itu. Nabil menerusi Twitter meninggalkan komen berhubung tajuk sebuah artikel mengenai Fattah yang tidak boleh berjemur telah membuatkan peminat tidak berpuas hati dengan pelawak itu.

“Fuhh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!” – Nabil.

HBO The Secret Life of Pets (SNOWBALL_Nabil Ahmad) 01

Peminat bertindak mempersoalkan tujuan Nabil ‘menyerang’ pelakon kesayangan mereka tambahan pula Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan buruk terhadapnya yang juga pengacara program MeleTOP.

Ada pula menganggap Nabil sengaja memerli Fattah kerana sikap dengkikan terhadap pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

“Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini. Ada saja nak dengki kat orang wahal orang tu tak pernah kacau orang pun!,” tulis pengguna Twitter.
Lebih teruk, rata-rata meminta Nabil mengubah sikapnya memandangkan dia sudah bergelar Haji.

“Haji, bersihkan hati tu… jangan ada sidat dengki dengan orang lain,” tulis pula seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang meminta agar Fattah tidak menghiraukan sindiran itu dan tidak memperdulikan semua kata-kata negatif terhadapnya.

“Tersenyumlah Fattah Amin ketika hati di sakiti. Hati yang tidak membenci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai,” tulis peminatnya.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong kenyataan Nabil itu dan menganggap peminat Fattah sebagai hati tisu apabila tidak boleh menerima gurauan.

Fattah dalam kenyataannya sebekum ini berkata, dia yang mewakili lapan jenama produk kecantikan dan kesihatan tidak boleh berjemur kerana bimbang ia akan merosakkan kulit demi menjaga kliennya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Perkara Budiey Suka Dengan Kamera SAMSUNG Galaxy Note 8

Ulasan Filem IT Dari Persepsi Penonton