in

MyStarz LG TV3 Tajaan LG Electronics Celebrity Fitness, Intan Dance Studio dan Warner Music

Masih ingat lagi ‘MyStarz LG’? Ya, seolah-olah bertimbun pula pertandingan mencari bakat tempatan sekarang ini, sampai banyak sangat nak ingat! Janji meriah, menghiburkan dan bakat yang dicari-cari itu ditemui juga akhirnya, baguslah kan.

Musim kedua siri yang telah mendedahkan bakat Tashya selaku juara pertama tiba menemui kita lagi. Demi merebut takhta juara musim kedua dan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, diperkenalkan 12 orang peserta akhir yang akan mempertaruhkan bakat mereka di Rumah LG selama tiga bulan ini. Finalis akan diasuh dan diuji dengan kemampuan vokal, karisma, penguasaan pentas, personaliti dan daya tarikan mereka.

Harapan musim ini terdiri daripada Feroq, Hairi, AG, Elaine, Jassica, Cassie, Nashrin, Mimie, Azri, Wana, Fiona dan Gzell. ‘Trend’ ketara kali ini adalah bakat yang lebih muda, berikutan keputusan penganjur untuk menghadkan umur peserta diperingkat ujibakat di antara 18-24 tahun sahaja. Ketara juga yang lebih banyak bakat dicungkil daripada lokasi-lokasi di Sabah dan Sarawak.

Antara yang nampak berpotensi dan menarik perhatian seperti Hairi, seorang ‘receptionist’ di resort hotel di Kota Kinabalu yang bergaya ala-ala rock dan bersuara serak-serak basah; AG yang handal menari mengikut jejak idolanya, Adam; Jassica, pelajar bidang akauntan yang dikatakan mirip Angelina Jolie; Fiona yang bersuara mantap, juga Elaine, pelajar ASWARA yang manis dan berbakat semulajadi. Ramai juga yang sudah berpengalaman di dalam ‘Mentor’ dan ‘AF’.

Jadi, selama 15 episod ‘MyStarz LG II’ ini peminat akan mengikuti segmen ‘Star Lives’ yang mencungkil profil-profil finalis untuk tatapan awam, dan juga konsert mingguan di mana bakat nyanyian dan persembahan mereka akan dinilai secara muktamad. Sistem undian? Sama seperti musim lepas: 30% daripada “markah” akan dipungut melalui undian SMS manakala baki 70% seperti biasa akan datang daripada pendapat barisan juri sendiri.

Dinamakan barisan juri selebriti iaitu Hattan dan Liza Hanim, serta tenaga pengajar ‘MyStarz LG’ musim ini iaitu Lah Ahmad (V.E) untuk nyanyian, Raimee Salleh untuk koreografi tarian dan Syaiful Baharim selaku mentor imej. Untuk segmen ‘Star Lives’, Khairul Ikhwan Rosli akan mengendalikan babak-babak serta sedutan mengenali personaliti finalis di Rumah LG.

Konsert mingguan ‘MyStarz LG II’ yang berlangsung setiap Ahad pada pukul 10mlm di Dewan MBSA Shah Alam akan kembali dihos oleh Naz Rahman, disertai oleh Anne (Hot FM) yang pernah mengacara rancangan ‘Gangstarz’ musim pertama. Jangan segan-segan memberikan sokongan untuk peserta kegemaran anda!

Talian dibuka untuk undian anda hujung minggu ini! Saksikan episod pertama musim baru ‘MyStarz LG’ pada 19 Oktober ini (5.30ptg untuk segmen ‘Star Lives’ dan 10mlm untuk konsert mingguan secara langsung). ‘MyStarz LG II’ dibawa kepada penonton melalui kerjasama TV3 dan LG Electronics dan ditaja bersama oleh Celebrity Fitness, Intan Dance Studio dan Warner Music Malaysia.

SUMBER: GUA.COM.MY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMERICAN IDOL WINNER DAVID COOK WILL RELEASE HIS DEBUT ALBUM

DRAMA MENCARI CAHAYA LAKONAN RATNA GOWRI, AMOS, SRI RANJANI, SIVAJI RAJAH